
aku mengimpikan sebuah keluarga
yang dipimpin oleh seseorang
yang di hatinya ada cinta
cinta bukan sebarang cinta
cinta kepada Sang Pencipta dan Rasul melebihi segalanya
cinta yang aku damba mampu mengalir dalam segenap penjuru nadi
zuriat-zuriat yang bakal mendiami rahimku nanti
aku mengimpikan kesibukan suamiku nanti berjuang di jalan-Nya
mengisi ruang-ruang masa kami yang berkat dalam berkeluarga
biarpun masa yang ada cuma mampu meminjamkan sekelip pandangan pada cinta
dan andainya aku pemikul nyawa kehidupan ini
demi melorongkan suamiku berjuang nanti
aku bisa gembira menabur bakti
aku mengimpikan kiranya pemilik cintaku selepas Yang Utama dan kedua
sanggup untuk berdiri bersamaku di kala ini
kerana ketahuilah
untuk semua yang kuimpikan ini
pasti ada halangannya
aku pernah berusaha dan perlu terus berusaha
menanam sekelumit belas pada minda dan hati pemegang kalungku
tuk memahami yang cintaku bukan untuk yang biasa
cintaku untuk impian menggadai lumrah material
kiranya cinta itu ada
dan sekiranya takdirnya aku miliki
ketahuilah
pilihanku dahulu
pilihan yang utama
atas pilihan-pilihan yang ada
saat datangnya cinta
di balik tirai dunia yang leka
tirai penyuluh walau aku buta
doaku pada Yang Utama
ketemukanlah cintaku pada pemiliknya...
0 comments on "cinTa keraNa CinTa"
Catat Ulasan