Isnin, 31 Ogos 2009

~hAnYa seKAdaR LuaHaN~

Posted by amirafatin at 9:03 PG 1 comments

salamualaik

nak luah apa nih.x dak apa pun.baik x payah baca.mukin buang masa je.
herm.sebenarnya just sedih dgn kawan2.la...dgn kawan2 pun nak sedih.?nak sedih apanya.?x de la
.kadang2 bila terjumpa @ terserempak kawan2 lama kat SKTT @ SKTB jadi malu nak tegur atau nak balas teguran mereka2 yang menegur.sombong.?bukan .bukan aku nak buat sombong.malu.?haiz.awat nak malu.bukannya pakai baju kan.ye la...tapi diorang tu yang x pakai baju.[pakai tapi tak rupa pakai baju pun]


ha...tu la yang buat aku malas@malu@segan
nak tegur diorang atau balas teguran diorang.malulah nak bersembang2 dgn orang yang macam tuh.haiz.malu bila orang sekeliling melihat.aik.?aku pulak yang nak malu kenapa.?sepatutnya diorang tu la yang malu kan.
hermmm...entahlah.rasa satu macam perasaan ni.jijik.ya...aku akui.aku ni bukanlah baik sangat.bukanlah pakai tudung labuh @ berjubah @ berbaju kurung sentiasa..tapi sekurang2nya aku tutup2 jugaklah apa yang patut ditutup.mukin ala kadar aje tutupnya.yang kawan2 lama aku nih ada yang kalau boleh nak tunjuk semuanya.adui.apa la yang korang nak tunjuk sangat.?x rasa rugi ke tunjuk semua habih kat orang.nanti2 kat suami x dak apa dah nak tunjuk.habih semua dah bagi orang tengok.ish3.apa nak jadi.


yang mengejutkan.masa sekolah rendah dulu boleh pulak pergi kelas tambahan dengan berbaju kurungnya dengan bertudung litupnya.mak aih.bagus lagi dari aku yang anak ustad nih.tapi,bila jumpa je diorang2 tuh masa dah naik sekolah menengah nih.mak datok.tu dia.macam apa lagi.bukan nak kutuk.cuma kesal dengan anak gadis sekarang nih...
em..apa nak buat.nak tegur dah besaq panjang masing2.hanya mampu berdoa dari jauh.
herm..
p/s:gambar2 di atas hanya gambar hiasan

::sahur punya cerita::

Posted by amirafatin at 8:33 PG 2 comments

sejak mula berpuasa.untuk bersahur selalunya aku bangun dulu kejutkan mama untuk siapkan juadah bersahur then aku tidur balik.ish3.patut tak patut.tak patut tak patut...lepas mama siap berhidang baru mama kejutkan aku ,baba dan adik2.hehehe.pernah mama kata

''apa la kak uda kejut mama pastu tidur balik.cuba la kejut mama kata dah siap masak.tinggal mama nak bangun makan jer."
........hasilnya.........


hua3

Alhamdulillah.dah dua pagi waktu bersahur aku yang siapkan juadah.seusai berhidang baru
kejutkan mama baba dan adik2.aduh.penat juga.dengan panasnya kat dapur tuh.dengan mengntuknya.macam mana la mama yang dah bertahun2 buat macam tu[memasak].
aku yang baru buat dua hari nih dah rasa macam nak *&^%$#..[huhu].
_______________________________________
p/s:mama,,,dah boleh kawin ke.[LaLaLa]
________________________________________________

= RuGi raSanYa biLa TaK beRteRawiH =

Posted by amirafatin at 7:40 PG 0 comments

    [masjid tuan guru tanjung tokong pulau pinang]

Alhamdulillah.selepas berbuka puasa malam semalam seusai selesai menyelesaikan[haiz,belit2] pinggan mangkuk periuk belanga cawan gelas sudu garfu dan segala macam yang ada di dapur tiba2 terasa malas hendak ke MTG[Masjid Tuan Guru]seperti malam2 kebiasaannya.entah kenapa.mukin perut agak kekenyangan selepas membelasah juadah berbuka.hehe.

"aduii[sambil buat muka kenyang]..ma,kak uda x maw pi terawih lar malam nih .x larat ar.mama pi ngn baba je lar ek.''
then aku pn terus masuk bilik.tiba2 terambil tuala dan termasuk bilik air.termandi.tersabun.terberus gigi.terpakai baju kurung.terpakai tudung.terlipat telekung masuk dalam beg.tersiap lawa2[LaLaLa].haiz.berapa banyak 'ter' la..
terus keluar dari bilik.Ya Allah....mama,baba tak siap lagi ka.?
[baba+mama]"la....kata x maw pi."
"haiz.jum la pi.''
[mama]"ish,kak uda mama x larat lah nak pi terawih malam nih.cuti je lah malam nih.malam esok mama pi buat 20 ganti yang hari ni punya."
"haiz.jum la pi.atas sebab dan alasan apa yang mama tak maw pi nih.jum la.cepat la siap.dah azan isya' tuh.cepat lar.
[mama]''adui.kak uda...mama betul2 tak larat nih."
"mama,jum la pi.mana tau ada hikmah mama pi terawih malam nih.mana tau kalau mama tak pi ada apa2 jadi kat rumah ka malam nih..jum la pi.cepat la siap."
[mama]"haih.kak uda pi je la dengan baba ngan adik2"
"apa yang mama dapat duk kat umah ja tak pi terawih.kalau mama pi terawih malam nih dapat jugak pahala.duk umah dapat apa.?jum la mama."
[mama]"haih.sejuk perut mama dapat anak macam nih.tapi,mama betul2 x larat nih."
"alar..mama,jum la..mana tau kut2 mama pi terawih malam nih Allah bagi kesihatan kat mama.hilang semua sakit2 x larat tuh."
[mama]"haih..yela2.jum3.macam ustazah''
yahooo...berjaya jugak pujuk mama...hehe.
ustazah.??haih..tak mau la jadi ustazah.nanti buat apa semua orang pandang jer...nak buat salah pun tak boleh. . .ye la.nobody is perfect kan...tapi tau2 je la...manusia..suka je mencari kesalahan orang lain.kesalahan sendiri tak pernah nak nampak.haih..merapu apa nih..tapi kalau dapat jadi ustazah[insyaALLAH] bagus juga..hehe.
hoi budak.nak cerita apa nih.?
la...x cerita lagi ka.?x dak apa aih.cuma maw bagitaw.rugi rasa kalu tak pi terawih.

ha....betul3[versi upin ipin]hehe

Selasa, 25 Ogos 2009

++sanTai-SanTai RamaDhan++

Posted by amirafatin at 2:38 PTG 0 comments

++bErsaBaRLah duHai HaTi++

Posted by amirafatin at 2:14 PTG 0 comments

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku…
“Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”
Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lagi… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Din-al-haq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]
Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (harap-harapnya begitu) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah halal baginya) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakan penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dari perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Din ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkan tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkan hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]
Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…
Hati,
janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu
sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih
Hati,
sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya
kau perlu tabah!!
dan aku tahu
kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua
Duhai hati
bersabarlah
perjalanan kita masih jauh
bersabarlah
teruskan doamu
hari itu akan tiba jua
pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak
bersabarlah duhai hati

Isnin, 24 Ogos 2009

++keLuHaN ADAM buaT HAWA++

Posted by amirafatin at 4:07 PTG 0 comments

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaa
nmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan ka
mi yang asalnya k
amu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu,
jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul t
anpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras
2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu,
adik lela
kimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengela
k dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah y
ang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha penga
mpun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi se
bahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wan
ita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman ti
dak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus ja
tu
h dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH

________________________________________________

+NASIHAT BUAT HAWA+
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..



~dUa PeNgErTiaN bErBeZa~

Posted by amirafatin at 3:05 PTG 0 comments
SEORANG ayah yang menjelang saat-saat ajalnya di hadapan isteri tercinta telah berpesan DUA PERKARA kepada dua orang anak lelakinya yang mewarisi perniagaannya:
- Pertama: Jangan pernah menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu.
- Kedua: Jika pergi ke tempat perniagaan jangan sampai muka terkena sinar matahari.

Waktu terus berlalu. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia anak yang sulung bertambah kaya sedangkan yang bongsu menjadi semakin miskin. Pada suatu hari si ibu menanyakan hal itu kepada mereka.
Jawab anak yang bongsu:
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya. Akibatnya modal saya susut kerana orang yang berhutang tidak membayarnya sementara saya tidak boleh menagihnya.Ayah juga berpesan jika saya pergi atau pulang dari rumah ke tempat perusahan dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik kereta sedangkan sebenarnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi kerana pesan ayah itu, akibatnya perbelanjaan di perusahan saya bertambah banyak.”
Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, si ibu pun bertanya hal yang sama. Jawab anak sulung:
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesanan ayah. Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut.Juga ayah berpesan jika saya berangkat dan pulang dari tempat perniagaan saya tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Oleh sebab itu perniagaan saya dibuka sebelum orang lain, dan tutup jauh sesudah orang lain menutup perniagaan mereka.”
__________________________________
SaMa-sAma kiTa FikiR-fiKiRkAn


Sabtu, 22 Ogos 2009

:: SaLaM RaMadHaN ::

Posted by amirafatin at 12:49 PTG 0 comments

RAMADHAN

daLam DebAr,Ku meNanTi KehAdiRanmu

daLam SeDar,kuRinDukaN RahMatmu

dalam ResAh,KuDambaKan maGhfiRahmu

daLam PaYah,KuhaRapKan kEredHaanMu

meNgEnaNg aLPa meNgHiTunG DosA

RAMADHAN

seMoga KehAdiRanmu MeMbasUH seGaLA NodA


seLamaT meNyamBut rAmaDhaN kePaDa semuA musLimin MusLimat.SemoGa 1 buLan MenDatAng peNuh kEsaBarAn miNgGu pEnUh keiMaNan 30 haRi peNuh keBeRkATan 720 Jam PenuH kAsih sAyAng Dan 43200 saat PenUh seNyuman


samButlah RamaDan denGan seNyumanMu saYangilah Ramadhan sePerTimaNA Kau meNyaYangi KeLuaRgaMu BersaHabatLah denGan RamaDhan sepErTimaNa kAu MenGhArgai RakaN-RaKanMu CinTaiLAh RamADhaN sEperTimAnA Kau MEngaSiHi KeKAsiHmu BeriBadaTLah di BuLan RamAdHan SeMeNTarA Kau mASiH mAMpU 

Jumaat, 14 Ogos 2009

meNCaRi eRTi kEhiDuPAn

Posted by amirafatin at 8:47 PTG 0 comments
Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…
Dikam
ar daku sering bertanya
Mana tem
patku di dunia
Tepuk dada t
anyalah selera
Jika dak
u ingin berjasa
Memberikan
hidupku makna
Tepuk dada tanya
lah selera
Inginku  mengenali
Erti hidup yang di
beri
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…
Ti
dak lagi kan aku disitu
Menyaksi
kan kehidupan berlalu
Kan ku kerah
dar
ah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup c
araku sendiri
Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku ber
ani mengemudi
Kemana ku
pergi
Bagai guruh bergeg
ar bumi
Aku tetap teguh b
erdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


Sabtu, 8 Ogos 2009

seDikiT teNtAng DiRi iNi

Posted by amirafatin at 7:25 PTG 1 comments
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita 3sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

25 okToBeR 1993

25 + 10 + 1993 = 2028

2 + 0 + 2 + 8 = 12

1 + 2 = 3

makanya,nombor tarikh lahir saya adalah 3

.

.

keterangan untuk nombor tarikh lahir  3

.

.

Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
______________________________

::kreatif::

herm,kreatif . .?aku kreatif.?mungkin tidak.mungkin ya.aku akan jadi kreatif bila aku berada dalam hal yang aku suka,yang aku berminat untuk suka.bila diingatkan balik waktu sekolah rendah aku tidak  pernah untuk mengambil tahu akan hal2 untuk menceriakan suasana kelas.mencipta itu ini untuk menceriakan suasana kelas.ah , ,bukan tugas aku untuk menyukai kerja2 itu.bukan tidak suka cuma tiada sensitiviti seni dalam diri.jadinya aku tidak suka kerja itu.

nak dijadikan cerita ,pada tingkatan 2aku dilantik untuk menjadi biro keselamatan merangkap biro keceriaan kelas. aduh ,dalam hati sudah membayangkan akan tugas2 dan amanah2 yang akan dipikul.mungkin aku akan disuruh untuk menyusun jadual tugasan kebersihan kelas.jadual waktu belajar.menghiasahi sudut2 dalaman dan luaran kelas dengan kertas yang berwarna warni.sarat.sangat2 sarat.macam mana nak buat kerja jika tiada minat akan kerja2 itu.

bagaikan tidak percaya.aku berjaya untuk menceriakan suasana kelas dengan bantuan ketua tingkatan(m.ALiFf aSyRaF b m.AriFf),penolong ketua tingkatan(DiYaNa biNTi aZmaN)ketua biro keceriaan dan kebersihan(aHmaD mUHsIn b aBdULLah) dan seluruh warga tingkatan 2 aL-iKhsan.sekali sekala setiap minggu guru tingkatan 2 al-iKhsan  ustad ALzasYa iLLiYyin bin ZainaL aLam akan datang ke kelas semasa ahli tingkatan sedang bergotong royong menceriakan suasana kelas.ya ! ust agak kreatif dan berseni orangnya.kebanyakan idea untuk menceriakan kelas datangnya dari kelas.setelah ust menggambarkan atau memberi keterangan akan bentuk2 hiasan yang akan dibuat barulah kami ahli2 tingkatan memulakan kerja2 menghias.

 jadi.adakah aku seorang yang kreatif.?atau tidak.? 

kadang2 iya.kadang2 tidak !

__________________________________

::sosial::

herm.sosial.? agak sosial.suka untuk menghadiri kenduri kendara.suka menghadirkan diri di majlis keramaian.he3.dalam soal lain.mukin tidak ! mukin juga ya ! sedari kecil memang baba agak menyekat pergaulan antara anak2 dengan rakan2 anaknya.

konklusinya,,?

_____________________________________

::mesra::

aku tidak mudah mesra.kecuali dengan kanak2 atau bayi yang baik,comel dan mendengar kata..aku tidak mudah mesra dengan golongan sebaya yang tidak aku kenali.yang baru aku kenali.tapi,aku mudah mesra bila dah kenal .sangat2 terlebih mesra la pulak,kacau2.

.::seorang teman pernah berkata::.

"em,mira tau x.?masa mula2 kenal dulu ingat mira ni sombong orangnya.rupa2nya,mira x macam tu..mesra aja ya."

.::seorang teman di SMKDHAK juga berkata::.

"mira,mira tau x ?dulu kan kami ingat mira ni se.ri.us orangnya.balik2 mira ni pandai jugak berjenaka"

.::teman di MMBB juga ada berkata:

"wei mira.hang tau dak dulu masa mula2 aku kenai hang aku ingat hang ni gaghang.tapi tengok2 lemah lembut je oghangnya noh.x sangka betoi aku."

makanya apa .?

__________________________________________

::romantik::

haha . .no komen.belum tahu lagi.ahaks !

__________________________________________

::mudah dibawa berunding::

huhu.tidak sama sekali.memandang aku ahli debat sekolah.aku tetap dengan hujah aku.di MMBB dulu.ya ! tiada sapa boleh lawan aku.malah dengan senior pun aku melawan untuk mempertahankan apa yang aku mahukan.ada beberapa kes yang tidak boleh diceritakan kerana munkin ada mantan senior2 aku yang mukin akan mmbaca entri ini.bukan takut tapi menjaga aib.juga tidak mahu mencetuskan kontrovesi lagi.memang!sahabat2 lain semuanya takut untuk bersuara saat kejadian itu.aku lantas bangun berhujah lantang.membela sahabat2 teraniaya.termasuk aku sekali yang teraniaya.

pergaduhan dengan teman pula.aku tetap nak menang walaupun tahu aku yang salah.aku tetap akan mencari hujah untuk mempertahan diri.walau begitu,aku tidak boleh bila ada orang yang ikhlas dirinya berbicara dengan aku.dia yang ikhlas berbicara,yang waktu berbicaranya menatap mata hati.aduh ! cair.he3.sungguh kalau tercetus perselisihan faham dengan teman2 aku tidak suka untuk berbincang.untuk berunding.ah !mukin aku keras kepala.tapi hati aku lembut.he3.aku tahu ramai sahabat yang tidak berpuas hati dengan aku.aku je yang nak menang.aku je yang nak betul.almaklum.ahli debat kan.kena lah berdebat selalu..

dalam keluarga.?ah ! aku anak yang mendengar kata.ngeh3.

tak percaya tanya mama.

_______________________________________

::suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya::

haha.mungkin ya ataupun mungkin ya!ini selalu terjadi.buat kerja tidak habis.kata mama

"ish,anak bertuah ni,buat kerja tak habis.nanti orang nak meminang x jadi."

adus ! !iyakah?benarkah?apakah?

haha.aku selalu suka untuk memula tugas di makmal.tetapi selalu tidak suka untuk menghabis report.he3.suka untuk mula memasak.tetapi selalu tidak suka untuk menghabiskannya.ha3.selalu suka untuk mula mengemas rumah,bilik dll.tetapi selalu tidak suka untuk menyelesai mengemas.

terukkah aku.?

__________________________________________

::suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja::

argh . .sangat tidak mampu untuk menyatakan ini.berkorban demi kebahagiaan orang lain.berkorban demi kegembiraan orang lain.adakah ini aku.iya ! kadang2 ya..juga kadang2 tidak. .  . .sanggup ke tengok orang lain bina kebahagian dari air mata. . . he3.   kau bina mahligai dari air mata yang jatuh berderai di wajah sepiku..cewah...mampukah aku.?tidak..aku tidak setabah itu.mungkin juga suatu hari nanti.INSYAALLAH.

__________________________________________

::sangat popular dan idealistik::

nak kata popular tidak ada pula yang berkejaran ke arah aku sewaktu di public untuk mintak autograf atau nak snap pic aku.he3.

tapi . agak rami orang yang mengenali aku..

di MMBB.tanyalah siapa yang tidak mengenali aku.

di SMKDHAK.tanya jugalah siapa yang tidak mengenali aku.

.

.

.

____________________________________________________

Jumaat, 7 Ogos 2009

TuJuh hARiBuLan oGos TaHuN dUa RiBu seMBiLaN

Posted by amirafatin at 11:24 PTG 1 comments

malam ini
11.25 malam
hari jumaat 7 haribulan ogos
tahun dua ribu sembilan
.
.
.
.
.
.
kenapa malam ini
???????????????
hah.?.?.?





aduhai adikku sayang

main minyak rambut baba

.

.

.

.

=')

Rabu, 5 Ogos 2009

Nisfu SyaabaN

Posted by amirafatin at 11:55 PTG 2 comments

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:



"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki." 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya 


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
 

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


Posted by amirafatin at 11:08 PTG 0 comments

ya ALLAH...

sentuhlah hatiku..

saat aku jauh darimu....

peluklah hatiku......

saat aku mencintai sesiapa lebih dari diri-MU ya ALLAH...

peliharalah iman ku ya ALLAH

teguhkanlah hatiku dalam mencari redhaMU

sesungguhnya aku takut dan gerun jika KAU berpaling dari ku

amin 

huh..kena kuarantin??

Posted by amirafatin at 12:41 PTG 2 comments

isk3..berita yang agak menyedihkan.pada hari isnin 3 haribulan ogos tahun 2009 pada jam 6.30 petang asrama SMK Datuk Haji Abdul Kadir telah digemparkan dengan satu pengumuman.

ding...dong..(ala2 bunyi pengumuman flight nak berlepas kat airport.)ehem3.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR ASRAMA SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR ANDA SEMUA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH SELEPAS JAM 8.00 MALAM PADA HARI INI , ISNIN 3 HARIBULAN 8 TAHUN 2009.ANDA DIKEHENDAKI KEMBALI SEMULA KE ASRAMA PADA HARI AHAD 9 HARIBULAN OGOS TAHUN 2009 SEBELUM JAM 6 PETANG.SEKIAN TERIMA KASIH.

~~LaLaLA~~

p/s:cuti seminggu kat rumah tolong mama jaga baby Darin.comel sangat2

p/s/s:kepada angah.biLa Lagi UDimanM nak kena kuarantin.?LaLaLA

Ahad, 2 Ogos 2009

..... kUaLa LuMpUR....

Posted by amirafatin at 4:09 PTG 0 comments















Posted by amirafatin at 4:05 PTG 0 comments

MaNuSiA KaDaNg-kAdAnG LuPa UnTuK mEnGhArGaI sEsEOrANg yANg aDa DeNgAN DiA TeTaPi BiLa dIa KeHiLaNgAN sEseOrANG iTu DiA aKaN MeNaNgIS dAN aKaN MeRiNdUi sEseOraNG iTu sANgAT - sANgAT JAdI KiTa KeNaLAh mEnGhARgAi SeSeOrANG iTU SeBeLuM KiTa tAkKaN dAPaT LiHaT , sEnTuH , nAmPaK , RaSa DaN sAYaNG sEsEoRanG itU. sEbAb KiTa Tak PeRnAH TaHU sIaPA yANG aKaN sAyang KiTa HiNggA KiTA kEHiLaNgaN sEsEOraNG iTU hAnYA sEbAB sEseOrANg iTu TaK sAYanG kIta DenGan CaRA yaNG KiTA mAHU.tAK BeRMAkNA DiA tAK sAyaNG kITa dEnGAn SemUA YanG Dia aDa
Related Posts with Thumbnails