Rabu, 24 Disember 2008

Posted by amirafatin at 4:49 PTG 0 comments
Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Ur time b'coz it's a really2 good story.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. " Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk. " Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin. "Tengok ni ustaz, baju pun dahmenggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya.

Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin." Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa ?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu di sorotnya mata saya dalam-dalam. " Entahlah..." katanya perlahan, "lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya. "Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya. " Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut " Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak.

Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30 an, rambutnya seperti wanita berumur 90 an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. " Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu " Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. " Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin. "Insya-Allah....' Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. "Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" " "Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa ?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya. " Datang ya, ustaz . Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang di janjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak."Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. "Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. " Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara berbisik, saya bertanya; " Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ". " Tak adalah, ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin. " " Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. "Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah." Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. " Sudah ustaz.Dengan emak dan ayah saya pun sudah." " Kalau macam tu, baguslah," kata saya. Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. " Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan.Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. "Ustaz," katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu" "Kenapa ?" pantas saya bertanya. "Sejak dua t iga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "kenapa ?" Dia jawab, supaya saya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. "Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam. "Saya tanya, masa bila awak buat?" Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. "Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan" " Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok." Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu. "Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak.

Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa." "Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. "Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya.Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. " Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia?Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin ( salaamun qaulam mirrabir rahim ) sebanyak tujuh kali." Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. " Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia." Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

iNdAhnYa iSLaM

Posted by amirafatin at 11:24 PG 1 comments

Barang siapa yang memotong kukunya pada



  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.


  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya danmasuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.





Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.

Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


Wallahu'alam.


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

kEmAtiAn pasTi aKaN beRLaku

Posted by amirafatin at 10:54 PG 0 comments


Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang mem bunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

  • Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  • Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  • Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  • Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  • Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  • Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  • Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian.

  • hartanya untuk warisnya.
  • nyawanya untuk Malaikal Maut.
  • dagingnya untuk ulat-ulat.
  • tulangnya untuk tanah.
  • amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  • hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:


  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam...

"sesungguhnya mati itu pasti"
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
Perjalanan Rohku
Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda
Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan
Penentu Syurga Atau Sebaliknya
Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Susai Talkin Penanda Syahdu
Tenang Dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian
Seakan Ku Dengari
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli
Kembalilah Kedalam Diri
Sendirian Sendiri
Sendiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur Dan Kaku
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi
Jantung Berdenyut Kencang
Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
...mEnAnTi dI bArZaKH...

TiPs JiKa AndA tErjaTuh

Posted by amirafatin at 10:46 PG 0 comments

Saje jer nak Kongsi tips ni...

1. Kalo tersepak batu:

Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal:

cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga:

terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang:

pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas:

jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop:

terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:

tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

haha...

cERiTa LaWak

Posted by amirafatin at 10:39 PG 0 comments
bUkU yAnG tIdAK bErmUtU

Noni masuk ke sebuah perpustakaan dan berdiri di depan seorang pegawai perpustakaan tersebut sambil berkata,
"Saya mahu komplain!"
"Ada apa, Cik?"
petugas perpustakaan bertanya.
"Minggu lalu saya meminjam sebuah buku dari perpustakaan ini, dan buku tersebut sangat tidak bermutu!" jelas Noni.
"Kenapa pula Cik?"
"Hurufnya kecil-kecil, tidak ada ruang di antara perkataan, tidak ada perenggan, semuanya hanya huruf-huruf, tidak ada gambar menarik, dan yang paling menyedihkan, buku itu sama sekali tidak menceritakan apapun padahal ada banyak nama orang di dalamnya!"
Petugas perpustakaan itu langsung terbeliak dan berkata,
". Jadi Andalah orang yang membawa buku telepon kami yang hilang minggu lalu!"
CeRiTa LaWak PeNdEk
Lawak 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.
Lawak 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."
Lawak 3
Seorang ator membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Lawak 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.
Lawak 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.""Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."

mY SiEfFuU

Posted by amirafatin at 12:51 PG 1 comments
KoNicHiWa

tErima kAsih maMa......kenapa trima kasih kat mama??sebab dah suDi unTuk meNgusUng aku selaMa seMbiLan buLan..anD meLahirkan aKu...aNd menJaga dan MenDidik akU sampai aku bEsar panJang.... satu lagi sebenarnYa..sebaB mama Dah menJadi SiFfu untUk akU dalam Melayari aLam pembLogan ini...em..sebenarnya..dah Lama sebenarnya mAma nk buat blog...taPi maMa kaTa x dak idealah nK tulis apA kalaU dah Buat bloG nanti...last2 mama buaT juGak ...aku pOn x Taw biLa yanG maMa muLa berBlog...aku tau2 maMa daH buat setengah...seBab mama mmg mErahsiakAn bLognya dariPada kami..hehehe..

last2 pon Kami suma tau jgak...aku pon mUla2 tgK mama bUat bLog x daK peraSaan apa pon taPi ada la jGAk rasA bangGa seBab mama ni mMg modeN....ye la kan...dunIa daH maju Zaman Dah berubaH...

muKin adA Lagi Mama-maMa yang moDen kAt Luar sana...tapi maMa yanG aku Ada nih segaLanya moden2 belakA..keh2...hem....aKu pOn sebeNarnya x dak La apa Pon yang Nk dituLiskan daLam blog nih...taPi sebaB jeluz pUnya paSaL aku pon bUat jgAk blog..hehe...x pe la...jumpa lah lagi Di Lain catAtaN yea...

....wAsaLamUaLaikum....

Selasa, 23 Disember 2008

kEiNdAhAn bErSaMaMu

Posted by amirafatin at 9:06 PTG 2 comments
Pada 13 dan 14 disember baru2 ini saya dan adik telah mengikuti program anjuran Jemaah Islam Melaysia(JIM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang..adaP pagi kami akan mengikuti program itu kawan baba(mamak isa) datang amik kat rumah sebab baba x boleh hantar ke tempat program kerana baba menghantar mama untuk mengikuti Seminar Bimbingan Usahawan di Universiti Sains Malaysia.Pada permulaannya baba mendaftarkan kami tiga beradik untuk mengikuti program itu...tapi mamak isa kata adik yang darjah 5 tu x boleh ikut program sebab bawah umor lagi..katanya program tu untuk remaja ja... jadi akhirnya hanya saya dan adik y darjah enam tu y ikut serta dalam program tuh..masa dalam perjalanan mamak isa bagi borang pendaftaran untuk program tuh..sebenarnya saya setuju untuk menurut serta dalam program tu tanpa mengetahui apa2 maklumat tentang program itu dan motif saya mngikuti program tu..dalam fikiran saya pada malam itu mesti tidur dalam khemah di Hutan Lipur Teluk Bahang...saya hanya membawa beberapa helai pakaian gantian memandangkan fikir untuk menginap di dalam khemah...saya hanya mengetahui tempat kem dijalankan setelah membaca isi2 di dalam borang pendaftaran yang diberikan oleh mamak isa....setelah sampai di SMKTB mamak isa membawa saya dan adik(deeba) ke ruang mendaftar..lepas isi borang kami pon naik ke dewan utama tempat program dijalankan...sampai ja kat dewan tu dah ramai peserta y duduk dalam dewan tuh...kami ambil tempat di barisan yang kelima dari hadapan....duduk2 ja kat dewan tuh abg ngah(abg fasilitator) suroh offkan handset..ish..kacau ja...x boleh nk msg dah..hehe...abg2 fasi dan kak2 fasi kat kem tuh suma handsem2 dan comel2 belaka......tiba2 ja abg ngah suroh senyum sebab nk startkan enjin pesawat yang dinaiki oleh para peserta.....nomber pesawat kami....KRJ131208G15...yang paling best kat kem tuh para peserta dipanggil dengan panggilan adik2 kasih(untuk peserta putri) dan adik2 sayang(untuk peserta putra)... sebelum pemilihan pangilan untuk para peserta abg ngah sroh para peserta sendiri yang memberi cadangan untuk panggilan kpda pesertan...antara idea2 sumbang yang diberikan oleh kami ialah...cowok untk putra dan cewek untuk putri...huru untuk putra dan hara untuk putri...dan mcm2 lagi.. memang satu pengalaman yang baru untuk saya kerana semasa kem2 yang dijalankan di sekolah peserta selalunya dipanggil dengan panggilan putra dan putri....

selepas mkn pagi saya kena menari 'chiken dance' kat atas pentas...ya allah...hanya tuhan je la yang tahu perasaan saya masa tuh...saya menari di hadapan 74 org sahabat kasih dan sayang...tapi saya tidak menari bersunggoh2 memendangkan saya tidak pernah untuk menari tarian ayam itu...sungguh memalukan....itu yang saya x dapat lupakan sepanjang kem itu...tarian ayam...wawawawa.................................

..aSSaLamUaLAikum...

Posted by amirafatin at 8:06 PTG 1 comments
assalamualaikum..
herm...hari ini mula memcatatkan blog di sini...x da ape pon nk dicatatkan disini...bila mama,baba dan adik2 dah buat blog..rasa teringin jgak nk buat blog..tapi x dak apa nk tulis..mukin di permualaan kalam ni je kot..nnti lama2 ada la kot bahan2 rangsangan yang nak dicatatkan....harap2 ada la y sudi untuk memberi tunjuk ajar...
wasalamualaikum..
Related Posts with Thumbnails