Isnin, 24 Ogos 2009

++keLuHaN ADAM buaT HAWA++

Posted by amirafatin at 4:07 PTG 0 comments

Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaa
nmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan ka
mi yang asalnya k
amu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu,
jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul t
anpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras
2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu,
adik lela
kimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengela
k dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah y
ang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha penga
mpun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi se
bahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wan
ita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman ti
dak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus ja
tu
h dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungguhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH

________________________________________________

+NASIHAT BUAT HAWA+
Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu di dalam ISLAM.
Jadilah wanita sebagai penyubur keimanan kepada lelaki…..



~dUa PeNgErTiaN bErBeZa~

Posted by amirafatin at 3:05 PTG 0 comments
SEORANG ayah yang menjelang saat-saat ajalnya di hadapan isteri tercinta telah berpesan DUA PERKARA kepada dua orang anak lelakinya yang mewarisi perniagaannya:
- Pertama: Jangan pernah menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu.
- Kedua: Jika pergi ke tempat perniagaan jangan sampai muka terkena sinar matahari.

Waktu terus berlalu. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia anak yang sulung bertambah kaya sedangkan yang bongsu menjadi semakin miskin. Pada suatu hari si ibu menanyakan hal itu kepada mereka.
Jawab anak yang bongsu:
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya. Akibatnya modal saya susut kerana orang yang berhutang tidak membayarnya sementara saya tidak boleh menagihnya.Ayah juga berpesan jika saya pergi atau pulang dari rumah ke tempat perusahan dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik kereta sedangkan sebenarnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi kerana pesan ayah itu, akibatnya perbelanjaan di perusahan saya bertambah banyak.”
Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, si ibu pun bertanya hal yang sama. Jawab anak sulung:
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesanan ayah. Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut.Juga ayah berpesan jika saya berangkat dan pulang dari tempat perniagaan saya tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Oleh sebab itu perniagaan saya dibuka sebelum orang lain, dan tutup jauh sesudah orang lain menutup perniagaan mereka.”
__________________________________
SaMa-sAma kiTa FikiR-fiKiRkAn


Related Posts with Thumbnails