Sabtu, 2 Januari 2010

JiKa aKu JaTuH CinTa

Posted by amirafatin at 8:16 PG 0 comments



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...

CaHaYa CinTa

Posted by amirafatin at 12:05 PG 0 comments
tuhan menciptakan makhlukNya di alam semesta ini atas dasar kehendak dan CINTANya.
matahari,rembulan dan bintang bersinar kerana CINTA.
lautan menampung segala sisa dan kotoran yang mengalir dari daratan dengan penuh rasa CINTA.
sungai mengalir kerana CINTA.
angin bertiup kerana CINTA.
pohon berbuah kerana CINTA.
bunga-bunga berkembang mekar kerana CINTA.
lebah menitiskan madu kerana CINTA.
dan hidup inipada asalnya adalah aliran CINTA.
sumbernya adalah samudera CINTA ALLAH yang meliputi semesta.
dan segala benda dalam alam raya tunduk patuh menyembah ALLAH juga atas dasar CINTA.
bukankah kesejatian penyembahan dan kepatuhan itu lahir dari kedahsyatan CINTA?
lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum CINTA??
Related Posts with Thumbnails