Ahad, 26 Julai 2009

LeLaki iDamAn..LaLaLA~~~

Posted by amirafatin at 5:20 PG 0 comments
Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
i'ALLAH

20 perkara yang membuat wanita benci lelaki

Posted by amirafatin at 5:11 PG 0 comments
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



er,, aku...????LaLaLa~~

♥♥♥PeRgiLah CinTa♥♥♥

Posted by amirafatin at 4:34 PG 0 comments



Ku anyamkan puisi indah
Untuk
merawat hati yg gundah
Berlalu sudah e
pisod cinta yang indah
Tak perlu di kesali aku harus pasrah

Di jambatan sepi ini
Aku
meniti sen
diri
Mengenang hari-hari yang silih berganti
Mengenang ceritera cinta yang pantas berlari

Aku mengharapka
n cahaya mentari
Menyinari hari-hari suram
Menerangi awan hitam
Dan menyul
uh kegelapan malam


Ya Allah ya tuhanku
Hanya kau yang bisa memahami
Segala keperitan ya
ng aku alami
Sesungguhnya k
au pencipta alam yang aku geruni

Jika benar ini takdirMu
Berikanlah aku kekuatan diri
Dam
aikanlah ha
ti nurani
Tabahkanlah jiwa
ini
Agar aku dapat me
njalani jambatan api ini

Jika ini j
uga kehendakMu
Biarkanlah cinta i
tu pergi
Biarkan cerita itu mati
Tumbuhka
n lah yg telah mati
Gantikanlah cinta yang pergi….

cinTa keraNa CinTa

Posted by amirafatin at 3:01 PG 0 comments


aku mengimpikan sebuah keluarga
yang dipimpin oleh seseorang
yang di ha
tinya ada cinta 
cinta bukan sebarang cinta
cinta kepada Sang Pencipta dan Rasul melebihi segalanya
cinta yang aku damba mampu mengali
r dalam segenap penjuru nadi 
zuriat-zuriat yang bakal men
diami rahimku nanti

aku mengimpikan kesibukan suamiku nanti berjuang di jalan-Nya 
mengisi ruang-ruang masa kami yang berkat dalam berkeluarga
biarpun masa yang ada cuma mampu meminjamkan sekelip pandangan pada cinta
dan andainya aku pemikul nyawa kehidupan ini
demi meloron
gkan suamiku berjuang nanti
aku bisa gembir
a menabur bakti 

aku mengimpikan kiranya pemilik cintaku selepas Yang Utama dan kedua
sanggup untuk berdiri bersa
maku di kala ini
kerana ketahuilah
untuk semua yang kui
mpikan ini
pasti ada halangannya
aku pernah berusaha dan perlu terus berusaha 
menanam sekelumit belas pada minda dan hati pemegang kalungku
tuk memahami yang cintaku bu
kan untuk yang biasa
cintaku untuk impian menggadai lumrah material

kiranya cinta itu ada
dan sek
iranya takdirnya aku miliki
ketahuilah
pilihank
u dahulu 
pilihan yang utama
atas pilihan-pilihan yang ada
saat datangny
a cinta
di balik tirai dunia yang leka 
tirai penyuluh wa
lau aku buta

doaku pada Yang Utama
ketemukanlah cintaku pada pemiliknya...



Sabtu, 25 Julai 2009

Anugerah Seri Asrama Terbilang

Posted by amirafatin at 5:46 PTG 0 comments


Alhamdulillah..setelah bergelar naib johan pada perbahasan ASAT peringkat negeri baru2 ini.Ahli2 debat SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR telah diberi penghargaan oleh pihak tertentu.Lawatan ke Kuala Lumpur.Pada 26 hingga 28 julai 2009.Disamping sebagai penanda aras perbahasan ASAT peringkat kebangsaan.
Negeri Pulau Pinang akan diwakili oleh johan peringkat negeri baru2 ini.
Semoga berjaya kepada pembahas2 SMKA Nibong Tebal.
pembahas SMKA NIBONG TEBAL

Bila KiTa sAyAnG oRang Tu

Posted by amirafatin at 4:55 PTG 0 comments
bila kita sayang orang tu

kita terima ja apa yang orang tu kata,

tapi bila kita kata kat dia?

mulalah nak terasa.

hati kata takpa,

manusia tiada yang perfect..

bila kita sayang orang tu

kita tunggu dia lama pon tak pa,

tapi bila dia tunggu kita?

dia marah..

hati kata , ala,

adatlah ada yang menunggu & ditunggu..

bila kita sayang orang tu

kita x tido pon tak pa layan dia tengah bosan,

tapi biae kita bosan,

ada dia layan kita?

hati kata x pa,

dia bz kot..

bila kita sayang orang tu

bila kita gadoh dengan dia,

kita diam je..

tapi dia?? heboh 1 dunia..

hati kata, x pa,dia tension tu..

bila kita sayang orang tu

kita call nak cakap dengan dia,

tapi dia gayut dengan orang lain,

bila dah jadi macam 2

hati kata x pa,

dia ada hal nak cakap dengan kawan dia tu..

bila kita sayang orang tu

kita bercerita dengan dia,

rasanya cerita dengan tunggul lagi bagos,

tapi bila dia bercerita dengan kita,

kita dengar,sepatah2 kita ingat..

hati kata xpe, sayang la katakan..

bila kita sayang orang tu

kita & dia sama2 lapar,

kita bagi semua roti kite kt dye..

hati kata xpe, ala ,jagalah hati dia ,kecian dia..

bila kita sayang orang tu

kita sanggup bagi rest bila dia letih,

tp bila kita letih,

dia suruh gak kita layan dia bila dia bosan, adil ke??

hati kata x pe la, ala bukan selalu pon..

bila kita sayang orang tu

kita jadi cam orang giler bila dengar dia sakit,

tapi bila kita sakit,

dia siap kuar dengan kawan2 meraikan hari kesakitan kita..

hati kata, x pe la,x kn dya nak berkepit dengan kita 24jam..

bila kita sayang orang tu

kita x penah pentingkan diri sndiri, tapi dia??

hipokrit tahap gaban,

hati kata x pe, dia memang camtu..kenalah terima..

bila kita sayang orang tu

kita sayang nak tinggalkan dia..

tapi dia?? xtahu kita berdepan dengan maut,

walaupun kita sakit, dia kata kat kita..

sakit biasa2 ja,jangan nak mengarut..

hati kata, camna lah dia bila kita x de,mesti dia heppy..

bila kita sayang orang tu

kita x sanggup tengok dia derita,

tapi pernah dia hargai diri kita??

hati kata, tahu x betapa kita sayangkan dia..

bila kita sayang orang tu

kita sanggup tinggalkan dia selama2nya,

untuk dia bahagia dengan orang tersayang..

tapi adakah dia tahu pengorbanan kita??

hati kata, xpe,asalkan dia bahagia.......

Ahad, 12 Julai 2009

mEnyErLah jAuH daRi yAng biAsa

Posted by amirafatin at 9:24 PG 0 comments
assalamualaikum



pada 27 julai lalu saya dan beberapa rakan bahas telah berhempas pulas untuk meraih kejayaan dalam pertandingan bahas ASAT (anugerah seri asrama terbilang) peringkat negeri.Pada mulanya,beberapa bulan sebelum mara ke peringkat negeri,kami geng bahas telah menyertai pertandingan bahas peringkat daerah di SMK Paya Keladi dengan tajuk bahas WARDEN BUKAN GURU MENJANA MODAL INSAN CEMERLANG.



pusingan pertama kami ditemukan dengan SMK Permatang Tok Jaya dengan menduduki tempat pihak kerajaan.walhal sebelum ini kami sudah bersedia di tempat kerajaan kera telah diputuskan untu beberapa hari sebelum pertandingan.kami mendapat tajuk bhas pada pagi sehari sebelum pertandingan.memulakan perbincangan jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang. persediaan yang tidak sampai 24 jam.dengan menyediakan isi2 untuk pihak pembangkang tetapi pabila tiba hari pertandingn terpaksa menyabut semula undi dan mendapat kedudukan pihak kerajaan pada undi baru...ah,menitis air mata saat itu kerana tidak mempunyai apa2 isi untuk pihak kerajaan,kuarantin selama satu dihabiskan dengan menitiskan air mata.lemah terasa saat itu kerana berasa tidak mampu untuk melawan pihak lawan.akhirnya membuat keputusan untuk memberikan idea spontan ketika berbahas nanti..ahh....aku yang pertama kali menjejak kaki ke gelanggang perbahasan.bergetar hati saat itu.tiada kekuatan.seperti mahu menarik diri dari pertandingan itu.saat kaki melangkah masuk ke dewan perbahasan..dup..dap..dup..dap..arh...
kemenangan berpihak kepada kerajaan ketika itu dan akhirnya usul diterima makanya kami telah berjaya pada perdebatan kali ini..seterusnya kami ditemukan pula dengan juara menunggu iaitu pembahas-pembahas SMK Agama AL-Irsyad. nasib tidak menyebelahi kami pada kali ini...usul ditolak dan pihak pmbangkang telah memenangi hati juri terlebih dahulu..
makanya pembahas SMK Datuk Haji Abdul Kadir mendapat tempat naib johan pada PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH (SPU).

.............................................................................................................................................................





pihak kerajaan yang disegani langsung tidak dgeruni


suasana di dewan perbahasan









huuuu...panas !!!!





SMK Datuk Haji Abdul Kadir






salam anjakan paradigma
akhirnya












Pagi Yang geLap

Posted by amirafatin at 8:43 PG 0 comments
Lebih tua dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam
Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang kemasa dulu
Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa





Sabtu, 11 Julai 2009

SiaPa PeMiLik CiNTakU seTeLaH ALLAH dan RASUL ???

Posted by amirafatin at 12:18 PTG 0 comments

. . PEMILIK CINTAKU . . .

.perhargaan buat suami yang membahagiakan isteri.

.penghormatan buat isteri yang memuliakan suami.

                                                                              

..... prOLoG .....

bingkisan istimewa ini ingin ku kongsikan bersamamu

buat adik2 remaja yang baru mengenali cinta

ketahuilah,bingkisan ini ingin membenihkan sebuah impian padamu agar memelihara kesucian cinta yang kerap teruji di alam remaja,dengarilah pesanku,cintailah ALLAH,nescaya cinta pasangan soleh turut kaumiliki.

buat bakal-bakal pengantin

ketahuilah,bingkisan ini ingin memberi gambaran kepadamu tentang hari2 awal perkahwinan supaya kau lebih bersedia membuat persiapan.

ketahuilah,bingkisan ini ingin membuktikan padamu bahawa kebahagiaanitu bermula apabila kau menjaga keberkatan pertunanganmu.

buat para suami

ketahuilah bingkisan ini menyingkap tip untuk memenangi hati isterimu.

buat para isteri

ketahuilah.bingkisan ini akan memotivasikan suamimu untuk lebih kreatif membahagiakanmu dan mencuit kebijaksanaanmu untuk membahagiakannya.

buat ibubapa

ketahuilah,bingkisan ini berguna untuk menyemarakkan cintamu di alam rumah tangga,dan berguna untuk anak2mu membina paradigma baru agar tidak tertipu mengejar cinta sebelum berkahwin.

♥.....♥.....♥.....♥.....♥.....♥.....♥.....♥.....

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hanyalah insan yang halal... Buat kawan-kawan yang sedang bercinta, bakal berkahwin, sudah berkahwin, para remaja dan siapa saja... saya cadangkan bacalah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul tulisan Fatimah Syarha, baca dengan nama Allah, baca dengan hati yang merendah diri dan jiwa yang mendambakan kasih Ilahi. Insya Allah, kalian akan merasa betapa INDAHNYA CINTA ILAHI.



=')

p/s:terima kasih kepada hamba ALLAH(penunggu bidadari) yang hadiahkan buku ini...

Related Posts with Thumbnails