Isnin, 24 Ogos 2009

~dUa PeNgErTiaN bErBeZa~

Posted by amirafatin at 3:05 PTG
SEORANG ayah yang menjelang saat-saat ajalnya di hadapan isteri tercinta telah berpesan DUA PERKARA kepada dua orang anak lelakinya yang mewarisi perniagaannya:
- Pertama: Jangan pernah menagih hutang kepada orang yang berhutang kepadamu.
- Kedua: Jika pergi ke tempat perniagaan jangan sampai muka terkena sinar matahari.

Waktu terus berlalu. Dan kenyataan terjadi, bahawa beberapa tahun setelah ayahnya meninggal dunia anak yang sulung bertambah kaya sedangkan yang bongsu menjadi semakin miskin. Pada suatu hari si ibu menanyakan hal itu kepada mereka.
Jawab anak yang bongsu:
“Ini kerana saya mengikuti pesan ayah. Ayah berpesan bahawa saya tidak boleh menagih hutang kepada orang yang berhutang kepada saya. Akibatnya modal saya susut kerana orang yang berhutang tidak membayarnya sementara saya tidak boleh menagihnya.Ayah juga berpesan jika saya pergi atau pulang dari rumah ke tempat perusahan dan sebaliknya tidak boleh terkena sinar matahari. Akibatnya saya harus naik kereta sedangkan sebenarnya saya boleh berjalan kaki saja, tetapi kerana pesan ayah itu, akibatnya perbelanjaan di perusahan saya bertambah banyak.”
Kepada anak yang sulung yang bertambah kaya, si ibu pun bertanya hal yang sama. Jawab anak sulung:
“Ini semua adalah kerana saya mentaati pesanan ayah. Ayah berpesan supaya saya tidak menagih kepada orang yang berhutang kepada saya, maka saya tidak pernah memberi hutang sehingga dengan demikian modal tidak susut.Juga ayah berpesan jika saya berangkat dan pulang dari tempat perniagaan saya tidak boleh terkena sinar matahari, maka saya pergi sebelum matahari terbit dan pulang sesudah matahari terbenam. Oleh sebab itu perniagaan saya dibuka sebelum orang lain, dan tutup jauh sesudah orang lain menutup perniagaan mereka.”
__________________________________
SaMa-sAma kiTa FikiR-fiKiRkAn


0 comments on "~dUa PeNgErTiaN bErBeZa~"

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails