Young MusLim InteLLecTuaL WorksHop
10/6/09-11/6/09
Dewan Muzakarah,Universiti Sains MaLaySia
OrGaNisEd By : PSIUSM
ikLan di atas mengenai bengkel yang telah aku dan adik ikuti selama dua hari..pengisian yang sangat menarik..x boring...tambah pulak abg2 n kak2 fasi smart2 n cute2 belaka.....(dah mula dah hormon gatai..)em..x kisah lah...y penting workshop ni memang sgt best..sebelum mengikuti bengkel ni...hati dah niat nak tdor je sepanjang program,,he3...salah niat dong....tapi x pe......
ikuti kisah selanjutnya...
nak dijadikan cerita malam sebelom pergi bengkel tu,,,kitorang satu family kluar makan Tando0ri n Chicken MiLani dekat Kapitan's..dalam masa yang sama kitorang bwk k.huda,anak makchaq,,....mkchaq tu mak saudara aku dan adik beradik aku yang lain merangkap kakak kepada baba...ini bermakna k.huda itu adalah sepupu kitorang merangkap anak menakan baba, iaitu suami kepada mama aku...paham semua..??makanya malam itu kitorang pon keterlewatan la tidur ..dalam pukul 2 @ 3 pagi kiranya..makanya baju untuk dipakai esok masih belum dipilih padahal 3 hari sebelum nak g bengkel tu dah pikir nk pakai baju apa...last2,....last minute jgak pilih baju....dan baju y mahu dipakai itu belum ber'iron'..... jadinya pagi itu terjaga pukul ****...mandi dan solat subuh.....pastu pkir jap...alamak!!!!x taw lagi nak pakai baju apa nih...lepas pikir...amik baju dan tudung...pergi iron....aduhai....sempat jugak menguap 2 , 3 kali...selesai iron baju...tutup suiz seterika....then siap2 pakai baju suma....apalagi.....????
makanya setelah semuanya siap....begeraklah kitorang menuju ke destinasi....sebelom tu,hantar tata pergi hospital dulu..mahu check ****** katanya...then lepas hantor tata...menuju la pulak ke destinasi utama kitorang iaitu USM....
setelah tiba di USM...bermulah sesi pendaftaran tulis2 nama ...tulis2 nomber talipon...autograf....keh3..bayar duit...amik resit....ade jugak org yang amik resit tapi duit x bayar...rase cam nak gelak guling2 je kat org 2..(korang nak tahu x sape org tu.?).nasib baik la rmai org kat situ...contol la sikit gelak....selesai pandaftaran...menujulah kaki y bersemangat ini menjejak ke dewan muzakarah..wah3..berangan nak duk di depan sekali,tp sampai2 dah penuh da.....x pe2...x de rezeki kot...pergi je la duk kat meja belakang..
permulaaan pagi y agak menarik...abg Zhafrie mmberi sedikit taklimat ringkas sblum program dmulakan..seterusnya, tiba masa untuk penceramah2 jemputan untuk menyampaik seberapa banyak ilmu pengetahun yang mereka ada. ceramah pertama di mulakan dengan LEADERSHIP SKILL yang disampaikan oleh encik Aminudin bin Shuib...pengisian yang amat menarik..misi utama ceramah beliau adalah untuk membentuk kepimpinan di kalangan remaja muslim....ye la kan..skarang ni kalau kita tengok x ramai anak remaja yang boleh jadi pemimpin..mana x nya nak bercakap di depan kelas pun tergagap-gagap..tersekat-sekat..mcm mna nk jadi pemimpin kalau mcm tu....apa2 pun...setiap manusia adalah pemimpin...pemimpin untuk diri sendiri..pimpin diri sendiri ke jalan yang lurus..."sirotul musTaqim"(bak kata org tu...he3..jgn marah haa)
kemudian nya program diteruskan lagi dengan PUBLIC SPEAKING..disampaikan oleh Encik Ahmad Taif Isahak..misi utama ceramah beliau untuk melatih pemimpin yang boleh bercakap..yang petah berbicara,,,bukan pemimpin yang takut2 untuk berbicara,,,beliau memberi sedikit sebanyak tips2 menghilangkan rasa getar gemuruh ketika berada di atas pentas...aku..???tidak pernah gentar ketika berada di atas pentas...bukan x tahu malu...tapi entah kenapa...memanglah ada sedikit rasa gentar itu,tp sekejap aje...mukin sebab aku x kn nampak manusia2 yang berada di bawah pentas..(memanglah x nampak kn,.,.,.dah manusia tu pi dok bwah pentas wat apa..) penontonlah..
aku seorang pemimpin..??ya....aku seorang pemimpin..mukin bukan seorang pemimpin yang berjaya untuk orang lain ..tapi untuk diri sendiri ..aku pemimpin yang berjaya. .tiada apa yang perlu dibanggakan atas kepimpinan aku..cuma pernah menjadi penolong ketua tingkatan di tingkatan 1 AL-Ikhlas ketika aku di MAKTAB MAHMUDD BANDAR BAHARU suatu ketika dahulu...kemudian aku dilantik menjadi pengawas sekolah ketika berada di tingkatan dua...seawal itu..aku rasa agak berat untuk menerima amanah itu..kugagahkan diri yang lemah ini untuk menjalankan amanah yang diberikan...selama setahun,dua tahun akhirnya empat tahun...mukin banyak salah dan silap aku ketika aku menjalankan tugas...mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat..kemudian dilantik menjadi naqibah untuk BDDKMMBB(Badan Dakwah & Kebajikan Maktab Mahmud Bandar Baharu)..argh...amat2 aku merasa tidak layak dilantik menjadi naqibah..tugas yang amat berat bagiku...mendakwah adik2 usrah sedangkan diriku sendiri agak tidak terdakwah...aku sekalipun tidak pernah menganggap tugasku sebagai naqibah adalah untuk menyampai dakwah kepada adik2 usrahku...tapi aku menganggap tugasku sebagai seorang kakak yang sering menasihati dan memperbetulkan kesalahan yang mereka lakukan...dalam masa menasihati adik2 usrahku aku sama memperbetulkan kesalahan diri...mmglah manusia bukan maksum..tiada ada manusia yang tiada mempunyai dosa.....mmg aku rasa sngt x layak tapi...kalau semua orang rasa x layak siapa yang nak berdakwah kan...takkan nak terus biarkan umat islam kita terus hanyut ...
program peteng dteruskan dengan LDK...dalam LDK ni pesrta dibahagikan kepada 5 kumpulan...untuk apa....???untuk berdebat rupanya..x pasti apa tajuknya tetapi isinya begini..
ada 5 orang sahabat yang dalam perjalan pulang dari melancung ke satu tempat..5 orang sahabat itu terdiri daripada seorang guru di pedalaman di sarawak,seorang ahli politik yang jujur,amanah dan bertanggungjawab,seorang pengurus kilang yang berjaya dan mempunyai pekerja seramai 10,000 orang,seorang penguruns rumah anak-anak yatim ,seorang doktor pakar.....ketika dalam perjalan pulang mereka berlima telah kemalangan .kelima-lima mereka mengalami kecederaan yang amat se.ri.us..setiba mereka di hospital , didapati mereka berlima memerlukan satu pain darah setiap seorang untuk selamat..namun,pihak hospital hanya mempunyai satu pain darah sahaja..persolannya disini..siapa yang patut menerima satu pain darah tersebut...
makanya,berdebat kelima-lima kumpulan peserta yang tekah dibahagikan tadi..setiap dari kumpulan itu mewakili kelima2 orang sahabat tersebut..kami biberi tugas untuk mendapatkan darah yang satu pain itu...siapa yang menang dapat satu pain darah itu...
siapa yang layak yea..????
tamat kami berdebat pada petang itu maka tamatlah program kami pada hari ini.tapi, x pe..esok ada lagi,....jeng3...
0 comments on "yOuNg MusLim InteLLeCTuaLs"
Catat Ulasan