Isnin, 15 Februari 2010

WaSiaT daRi iBunDa

Posted by amirafatin at 6:49 PTG 0 comments
" Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami

Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.

Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu

Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua

Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"

Ahad, 14 Februari 2010

ValenTine'S dAy

Posted by amirafatin at 10:14 PTG 0 comments



Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.



SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama.
Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua.

Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.


Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

Jumaat, 12 Februari 2010

SaTu - DuA BeLas FeBuaRi Dua RiBu SePuLuH

Posted by amirafatin at 8:56 PTG 0 comments

Ahad, 31 Januari 2010

DeMi ciNTa Suci

Posted by amirafatin at 2:46 PG 0 comments
Demi Cinta Suci
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Sabtu, 30 Januari 2010

dUa puLuh Lima - DuA PuLuh SemBiLan jaNuaRi dUa RiBu SePuLuh

Posted by amirafatin at 11:45 PG 0 comments
selamat bertemu kembali yah..herm.

mnggu ni balik hostle dihantar baba.rempit tu naik RX-Z..fuh,dasyat baba racing.keh3,
tapi, jenuh sakit segala naek moto lelama..

sampai je kat hostle,fuh...penuh pelajar aspura+aspuri kat perkarangan asrama.biasalah kat hostle mana2 pun bila weekend kan perent datang melawat..

baba pulak gi preng2 minyak ..fuh,,,suma biji2 mata y ada kat situ terus je tengok2 kat aku ngn baba..haha..segan gila.tapi bangga la jugak..

hehehe, ada ke budak bilik aku tanya kat aku mcm ni.

"cehhh...kak u'ah, mai mai ngn balak noh.dasyat gila nek moto besaq."

damn!!ada ka mai hostle ngn balak.x patut betui diorang tuh..hehehe

then aku pun jawab la,pak we.?

"apalah hampa ni ada ka baba kak u'ah hampa kata pak we.?tu baba kak u'ah la..."

diorang pun jawab balik.

"laa....baba ka.ingt pak we.hensem la baba kak u'a."

hish..mmg hensem pun.haha.(kalo baba baca ni,mesti kembang habih nih.)

huhuhuhu..

masuk je dalam bilik,semua adik2 kat bilik tu terjerit2.

"kak u'a,,rindunya kat kak u'ah"

apalah diorang nih, mcm la setahun x jumpa aku.hehehe..biasalah, aku kan kakak y penyayang.so, mesti la adik2 pun rindu,,ye tak.?keh3..perasantan betul.

.herm..duduk2 je, aku suruh wan(bdk blik aku,form 1)pi amik nasi kat dm(dewan makan).sebab mama ada bekalkan asam pedas untk aku dan kak cik.dah banyak sngt aku ajk kak cik mkn kt bilik aku ramai2 ngn bdk2 bilik aku.

herm..then mcm biasa,latihan rumah sukan hari rabu ptg.mnggu ni cg hasni bertugas,aiyoyo..ada ka dia suruh round padang 3 kali.aduih semput.

hm....then aku pun berjalan dgn lenggang lenggoknya ala2 miss world sambil melambai2 kan tangan ala2 macam2 aznil tuh..keh2..x da keja .

aku baru je pusing seround budak2 lain dah habis pusing 3 round.keh2 boleh ngelat nih,aku pun join la diorang duduk rehat sambil buat muka penat ala2 nenek ayam.

kah3..padan muka budak2 lain tu kena lari 3 round,aku kena seround je.keh2,tapi aku la rugi.cg suh lari 3 round untuk kuatkan stamina nak merentas desa nnti.last2,aku jugak y semput.padan muka aku pulak.

hmm...tiba hari merentas desa,jumaat 29.1.2010.kejohanan merentas desa SMKDHAK 2010.
huhuhu..aku x da dpt number pun,just dapat sumbang 2 mata utk rumah sukan aku.bangga gila.keh2.

herm...then lepas merentas desa balik rumah mcm biasa la.

before balik, singgah "mikky baby land centre".haih,buat apa ja kat sana.actly,nak beli hadiah kat my math's tecer,,will born her baby in febuary ni.em...baby girl.

masa tgh tgk2 barang ngn dayah, mcm 2 dia duk tanya.

"u'a, ni benda apa."

aku pun menerangkan dgn panjang lebar,pot pet pot pet.

habes je aku ckp dayah duk buat muka pelik,dia kata

"hampa tau nih suma pasai2 baby ni."

hehehe,biasalah adik ramai.hehehe.

dah selesai beli hadia semua, balik mcm biasa la..sampai kat btwrth tu dia aih,,punya la ramai orang nak naek fery .msti sesak kat ats tu.

then ajak kak cik g minum2 dulu.

em...then pukul 6 before naek fery call baba boleh mai amik x, sbb kak cik dah x larat nak naik bas. tapi baba kata balik naik bas la jalan sibuk pukui berapa nak sampai.

then aku pon ok la balik naik bas.

hurm...naik feri, tu dia x dak tempat duduk. full of human in da ferry..ramai nya india .

herm.aku pun diri je la kat tepi tu sambil tgk air laut and kira obor2 ngn kak cik.sepanjang perjalan kami nampak 73 ekor obor2.huish,sempat kira lagi...

then turun dari feri menonong la cari bas ke island plaza.kak cik jalan menonong je dulu dari aku.tiba2,

tiba-tiba je,aku ternampak seorang jejaka tampan yang amat aku kenali dan aku rindui.
jejaka itu tersenyum melebar2 selebar hamparan bumi.ngeh3,

aku pun apa lagi.senyum balik la....dan aku terus dapatkan beliau tanpa pengetahuan kak cik.

Sabtu, 23 Januari 2010

LaPan BeLas - dUa puLuH DuA jaNUaRy dUa riBu sePuLuh

Posted by amirafatin at 11:35 PG 2 comments
salam.

nak cerita apa yah.?

actly , mnggu ni pelajar asrama x dibenarkan pulan.

juz aku je balik atas urusan "kesihatan" hahaha

kesian kak cik x boleh balik sekali.

ada program orientasi pelajar2 baru.

dgr2 cerita agak menarik programnya.

haa....sada berita sedih.pelajar asrama dah x dibenarkan pulang ke rumah semnggu sekali,

hadui, asrama dah dpt peruntukan balik.

nampak gaya lepas ni 2 mnggu sekali baru boleh update blog la..

hm...study just ok..first test juz around the corner,hope i get da very3 flying caler.

my target for first test:

bm: A +
bi: A +
ba: A +
sej:A +
pqs:A +
psi:A +

fiz :B
bio :B
kim :B
m3 :B
addm3:B

aduhai,,,boleh ke aku capai target nih.?
i very2 hope so.
for all please pray for my sucsess ok.

wasalam

Ahad, 17 Januari 2010

sebeLaS - Lima BeLaS JaNuaRy Dua RiBu sePuLuH

Posted by amirafatin at 11:37 PG 0 comments
minggu kedua di asrama.

tiada apa y menarik

seperti biasa.

semakin jarang jumpa adikku y seorang tuh.

alhamdulillah,kak cik dah dpt ramai kawan..

cuma pada hari selasa ,12.1.2010.jam 2.25 tgh hari macam tu.saya diserang sakit dada+perut+tekak yang amat2 sangat.menangis2 ketika guru bertugas bawa ke klinik[KLINIK KESIHATAN KEPALA BATAS].

ambil number,jumpa dokter ,dokter tanya itu ini,(dlm hati:ish dia ni,nama je dokter x kan x taw org sakit apa,kalo mcm tu aku pun bleh jadi dokter.)

then dia tulis2 apa ntah kat kertas,suruh aku masuk blik n0.15 buat pemeriksaan ECG.?
haih,apa plak dah.?

then g jumpa nurse dlm bilik tu,dia suruh baring ats katil hitam tu..dalam hati. duk dup dap,dup dap la.then dia kata "ok dik,nak cek jantung ni.?

zasss!!apa.?jantung.?awt nk cek jntung plak.?bkn aku skit jntung pun..ish,seram betul

then cek punya cek aku tgk muka nurse tu berkerut2 ,dia tanya aku.

"adik,adik mmg ada masalah jantung ke.?"

eh, x tahulah pulak nurese, x pernah lagi jadi sakit mcm ni."

then dia panggil sorang nurse lelaki masuk tlg cek mesin yang dia gunakan ."eh kak,kak silap set ni."

fuh...then,nurse tu cek mcm biasa.muka dia tenang je.

aku harap x de apa2..

dia bg slip kat aku suruh pergi jumpa dokter tadi.DOKTER ASYRAF kalau x silap aku.

pi la balik kt dokter tadi..dia cakap.

oh,adik nak jadi gastrik ni.ok,adk jgn biar perut kosong,minum susu pagi bngun tdur dan mlm sebelum tidur.jangan makan pedas,kobis kacang panjang jgn makan.jangan lupa sarapan pagi ye.

er,,ok dokter.air mata terus mengalir di pipi aku yang comel ni(heh,perasan).dokter tanya aku.."awat adim nangis dik.?rindu kat mak ke.?"

eh dokter ni.ada jugak nak kena lempang,ada ke aku tgh sakit2 boleh duk buat lawak.hurm,meby dia nak bg aku gelak2 sikit kot.

then dia kata ok dik pi amik ubat.

selesai.balik2 tu x boleh langsung nak telan nasi.sakit tekak.tgh hari x makan.minum air pun sakit.tengah hari x makan.

then naik2 bilik.solat zuhur then terus ZzZzZzZz,
terjaga pukul 5.30.kak cik datang bilik tlg urut kepala,ehm,kak cik tanya x nak pi mkn ke.?eh x pa la.akak sakit tekak x leh nak makan.kakcik tanya lagi?ubat dah makan.?er ubat dalam bilik prep.x bawak naik pun.la ,sakit2 pun x maw makan nasi,makan ubt..aduih.budak ni.pandai dah beletiaq.

hahaha.sambung tiduq pkul 6.30 terjaga n bangun solat asar,x makan lagi petang.perut lapar tapi x boleh nak mkn .sakit tekak yang amat sangat2.bak kata mama,mcm tertelan durian.aiyark,,betuul ke.?mama penah telan durian ke.?haha.

then x pe la...pukul 7 mandi then g solat maghrib jemaah di surau.turun prep pukul 8.30 then studi buat homework sikit.kul 10 naik bilik.x pi makan malam lagi.aduih,laparnya...nak buat mcm mana..ada durian dlm tekak.haha.

esok paginya sarapan pun x..tekak x ok lagi..minum air je pun dah sakit sangat2.haih,apalah nasib..then pegi skolah mcm biasa.mmg time rehat selalu x makan..p&p mcm biasa,balik kul 3.30 baru boleh nak mkn tgh hari tu pun mkn sikit2 ja..dah lapas sngt.herm...ptg tu dah baik sikit..alhamdulillah dah boleh mkaan mcm biasa.

hari rabu ada latihan rumah sukan.RUMAH KUNING..cikgu suruh round padang lapan pusingan heehehe..sebab terlewat turun padang, jadi aku x lari la..hehe,

then cg suruh buat pemilihan utk peserta larian 100 meter.ceh,cg suruh aku jga line pulak,bagus tu .x payah lari...he3.

herm..dapat la beberapa org yang kuat lari.ada harapan jugak jadi juara sukan tahunan tahun ni.
hehehee..aku pun first time akan bersukan di SMKDHAK ni.tahun lepas x smpat nk join masuk pun dah bulan tiga.

then hari khamis,mcm biasa la....hari jumaat..yeyeh,boleh balik rumah.

balik mcm biasa naik bas...kak cik mcm biasa.belum keluar kepala bats dah terlentok2.haha...aku pun sama je la dulu.hahah..

balik sampai rumah naik rapid peneng..

Sabtu, 9 Januari 2010

TiGa - LaPan JaNuaRy Dua RiBu sePuLuH

Posted by amirafatin at 10:32 PTG 0 comments
salam.
3.1.2010:
tiba di perkarangan sekolah SMKDHAK.terus menuju ke DEWAN BESAR SMKDHAK untuk pendaftaran tingkatan satu adik saya NURUL ATIQAH FARHANI@kak cik yang turut megikuti jejak langkahku ke SMKDHAK.

kak cik ditempatkan di tingkatan SATU KALIBER(K)[KELAS ALIRAN AGAMA].alhamdulillah.tiba2 terdengar si mulut pot pet itu(kakak),kata.
"HAHAHA.KAKCIK KELAS K.KAKAK KELAS A TAU." -(dialog sampingan)

terus membawa mama,baba,kakak dan adnin ke kelas kakcik ditempatkan.nun jauh di hujung sekolah.haha.punyalah panjang sekolah.di dalam perjalanan menuju ke kelas kak cik,saya terserempak dengan 2 sahabat baik saya semenjak pertama kali saya menjejak kaki ke SMKDHAK pada 4.3.2009.wah,hari pertama sekolah sesi 2010,terserempak dengan mereka.wajah pertama yang dilihat.melepas rindu.bersalaman berpelukan bertanya berita merisik khabar.wajah itu yang saya rindui sepanjang cuti sekolah. NURUL SYAZWANI ABD RASYID dan NUR HIDAYAH SAIDIN. love both of u very much*SMKDHAK sekolah terpanjang di Malaysia sepanjang 1 kilometer.

meneruskan perjalanan ke kelas 1 kaliber.tiba di kelas kakcik.kelihatan rakan-sekelasnya yang lain telahpun mengambil meja dan menyusaun meja masing-masing.bermakna kak cik belum mendapat meja dan kerusi.saya pun menjalankan tanggunjawan pertama membantu kak cik mengambil kerusi di kelas sebelah dan meja y tersedia di hadapan kelas.saya,terus membantu dengan rasa tangungjawab(heheheee).selesai di kelas kakcik.

saya terus meninggalkan mama dan y lain2 di kelas kakcik dan menuju ke kelas TINGKATAN 5 KAA di tingkat 4 juga nun di hujung sekolah..wah,rindukan sahabat2 semua.suasana kelas kelihatan tersusun dan teratur.pelajar2 perempuan berkumpul buat USRAH.(hahahaaaa).pelajar lelaki.?hah.?PUPUS. x tahu ke mana..setelah berjumpa teman2,saya turun mencari mama baba ..belum sempat mencari,kelihatan baba berjalan melawan arus dengan saya.rupanya baba nak ke pejabat,bertanya PK HEM perihal asrama .saya menemani baba ke pejabat sekolah di tingkat dua.satu blok dengan kelas saya.

selesai.baba dan saya terus berkejar-kejaran ke koperasi sekolah(bersebelahan kelas kakcik.) sbb mama ckp giliran beratur beli buku dah nak sampai.saya dan baba terus berkejaran hinggan tiba di kantin sekolah .wah..ramainya orang beratur.tunggu punya tunggu beratur punya beratur tibalah giliran mama menmbeli buku saya dan kak cik.selesai.

aduh .perut berkeroncong,keluar pagi tadi x sempat bersarapan.terus ke kantin,berhadapan dengan koperasi sekolah.pesan mee goreng lima pinggan.wah rekod.pertama kali makan mee kat kantin sekolah.hahaha.makan punya makan.minum punya minum. selesai.

terus ke perkarangan asarama untuk pendaftaran asrama kakcik.JAM 10.30.mama uruskan pendaftaran asrama kakcik.kakcik ditempatkan di kamarP-2-5.mama tolong kakcik kemaskan barang2 kakcik.selesai.

jam dua setengah,giliran pelajar2 senior mendaftar diri.saya ditempatkan di kamar P-1-1.lepas mama kuar dari bilik kak cik,kira dalam perjalanan balik la jugak.berlakulah satu hiwar antara saya dan mama:

saya:mama ni x aci tau,dah lima tahun k.da duk asrama.mama x panah kemaskan loker n katil k.da.

mama:eh,kan masa k.uda form 1 dulu mama hantar smpai asrama.

saya:ya la.mmg mama hantar.hantar depan pintu bilik ja.lepas habis pendaftaran kan mama terus balik.huwaa

mama:oklah2,jum pi bilik k.da mama kemaskan.

saya:hehehe.yes.malam ni x payah nak sibuk2 kemas loker.yes.yes.yes.

then terus la singgah di bilik saya.bukak2 ja pintu.penuh dah adik2 asrama dalam bilik tu.alamak!!macam mana nak suruh mama kemas barang2 nih..kacau line pulak budak2 ni.nnti apa pulak kata depa,dah tingkatan lima nak suruh mama jugak kemaskan barang.

then terus mama pi kat katil amik beg baju aku,haih.aku tnya mama.

mama nak buat apa nih.?

la...mama nak tolong kemas la..

alar mama,kak uda dah besar la.nnti kak uda kemas sendiri la.

la...betul x nak mama kemaskan.?

betul la mama.nnti k.uda kenas sendiri.

hmmm..apalah mama ni..

mama balik..mcm biasa,salam baba cium pipi,salam mama cium pipi.salam adik2.


hmmm,memulakan perjalanan baru 2010.

sama seperti tahun lepas,

cuma tahun ni ada kak cik sama2 kat asrama.

cuma tahun ni dah duduk bilik lain.

cuma tahun ni SPM.SPM.SPM.SPM.

wish for me..

Sabtu, 2 Januari 2010

JiKa aKu JaTuH CinTa

Posted by amirafatin at 8:16 PG 0 comments



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...

CaHaYa CinTa

Posted by amirafatin at 12:05 PG 0 comments
tuhan menciptakan makhlukNya di alam semesta ini atas dasar kehendak dan CINTANya.
matahari,rembulan dan bintang bersinar kerana CINTA.
lautan menampung segala sisa dan kotoran yang mengalir dari daratan dengan penuh rasa CINTA.
sungai mengalir kerana CINTA.
angin bertiup kerana CINTA.
pohon berbuah kerana CINTA.
bunga-bunga berkembang mekar kerana CINTA.
lebah menitiskan madu kerana CINTA.
dan hidup inipada asalnya adalah aliran CINTA.
sumbernya adalah samudera CINTA ALLAH yang meliputi semesta.
dan segala benda dalam alam raya tunduk patuh menyembah ALLAH juga atas dasar CINTA.
bukankah kesejatian penyembahan dan kepatuhan itu lahir dari kedahsyatan CINTA?
lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum CINTA??
Related Posts with Thumbnails