Ahad, 17 Januari 2010

sebeLaS - Lima BeLaS JaNuaRy Dua RiBu sePuLuH

Posted by amirafatin at 11:37 PG 0 comments
minggu kedua di asrama.

tiada apa y menarik

seperti biasa.

semakin jarang jumpa adikku y seorang tuh.

alhamdulillah,kak cik dah dpt ramai kawan..

cuma pada hari selasa ,12.1.2010.jam 2.25 tgh hari macam tu.saya diserang sakit dada+perut+tekak yang amat2 sangat.menangis2 ketika guru bertugas bawa ke klinik[KLINIK KESIHATAN KEPALA BATAS].

ambil number,jumpa dokter ,dokter tanya itu ini,(dlm hati:ish dia ni,nama je dokter x kan x taw org sakit apa,kalo mcm tu aku pun bleh jadi dokter.)

then dia tulis2 apa ntah kat kertas,suruh aku masuk blik n0.15 buat pemeriksaan ECG.?
haih,apa plak dah.?

then g jumpa nurse dlm bilik tu,dia suruh baring ats katil hitam tu..dalam hati. duk dup dap,dup dap la.then dia kata "ok dik,nak cek jantung ni.?

zasss!!apa.?jantung.?awt nk cek jntung plak.?bkn aku skit jntung pun..ish,seram betul

then cek punya cek aku tgk muka nurse tu berkerut2 ,dia tanya aku.

"adik,adik mmg ada masalah jantung ke.?"

eh, x tahulah pulak nurese, x pernah lagi jadi sakit mcm ni."

then dia panggil sorang nurse lelaki masuk tlg cek mesin yang dia gunakan ."eh kak,kak silap set ni."

fuh...then,nurse tu cek mcm biasa.muka dia tenang je.

aku harap x de apa2..

dia bg slip kat aku suruh pergi jumpa dokter tadi.DOKTER ASYRAF kalau x silap aku.

pi la balik kt dokter tadi..dia cakap.

oh,adik nak jadi gastrik ni.ok,adk jgn biar perut kosong,minum susu pagi bngun tdur dan mlm sebelum tidur.jangan makan pedas,kobis kacang panjang jgn makan.jangan lupa sarapan pagi ye.

er,,ok dokter.air mata terus mengalir di pipi aku yang comel ni(heh,perasan).dokter tanya aku.."awat adim nangis dik.?rindu kat mak ke.?"

eh dokter ni.ada jugak nak kena lempang,ada ke aku tgh sakit2 boleh duk buat lawak.hurm,meby dia nak bg aku gelak2 sikit kot.

then dia kata ok dik pi amik ubat.

selesai.balik2 tu x boleh langsung nak telan nasi.sakit tekak.tgh hari x makan.minum air pun sakit.tengah hari x makan.

then naik2 bilik.solat zuhur then terus ZzZzZzZz,
terjaga pukul 5.30.kak cik datang bilik tlg urut kepala,ehm,kak cik tanya x nak pi mkn ke.?eh x pa la.akak sakit tekak x leh nak makan.kakcik tanya lagi?ubat dah makan.?er ubat dalam bilik prep.x bawak naik pun.la ,sakit2 pun x maw makan nasi,makan ubt..aduih.budak ni.pandai dah beletiaq.

hahaha.sambung tiduq pkul 6.30 terjaga n bangun solat asar,x makan lagi petang.perut lapar tapi x boleh nak mkn .sakit tekak yang amat sangat2.bak kata mama,mcm tertelan durian.aiyark,,betuul ke.?mama penah telan durian ke.?haha.

then x pe la...pukul 7 mandi then g solat maghrib jemaah di surau.turun prep pukul 8.30 then studi buat homework sikit.kul 10 naik bilik.x pi makan malam lagi.aduih,laparnya...nak buat mcm mana..ada durian dlm tekak.haha.

esok paginya sarapan pun x..tekak x ok lagi..minum air je pun dah sakit sangat2.haih,apalah nasib..then pegi skolah mcm biasa.mmg time rehat selalu x makan..p&p mcm biasa,balik kul 3.30 baru boleh nak mkn tgh hari tu pun mkn sikit2 ja..dah lapas sngt.herm...ptg tu dah baik sikit..alhamdulillah dah boleh mkaan mcm biasa.

hari rabu ada latihan rumah sukan.RUMAH KUNING..cikgu suruh round padang lapan pusingan heehehe..sebab terlewat turun padang, jadi aku x lari la..hehe,

then cg suruh buat pemilihan utk peserta larian 100 meter.ceh,cg suruh aku jga line pulak,bagus tu .x payah lari...he3.

herm..dapat la beberapa org yang kuat lari.ada harapan jugak jadi juara sukan tahunan tahun ni.
hehehee..aku pun first time akan bersukan di SMKDHAK ni.tahun lepas x smpat nk join masuk pun dah bulan tiga.

then hari khamis,mcm biasa la....hari jumaat..yeyeh,boleh balik rumah.

balik mcm biasa naik bas...kak cik mcm biasa.belum keluar kepala bats dah terlentok2.haha...aku pun sama je la dulu.hahah..

balik sampai rumah naik rapid peneng..

Sabtu, 9 Januari 2010

TiGa - LaPan JaNuaRy Dua RiBu sePuLuH

Posted by amirafatin at 10:32 PTG 0 comments
salam.
3.1.2010:
tiba di perkarangan sekolah SMKDHAK.terus menuju ke DEWAN BESAR SMKDHAK untuk pendaftaran tingkatan satu adik saya NURUL ATIQAH FARHANI@kak cik yang turut megikuti jejak langkahku ke SMKDHAK.

kak cik ditempatkan di tingkatan SATU KALIBER(K)[KELAS ALIRAN AGAMA].alhamdulillah.tiba2 terdengar si mulut pot pet itu(kakak),kata.
"HAHAHA.KAKCIK KELAS K.KAKAK KELAS A TAU." -(dialog sampingan)

terus membawa mama,baba,kakak dan adnin ke kelas kakcik ditempatkan.nun jauh di hujung sekolah.haha.punyalah panjang sekolah.di dalam perjalanan menuju ke kelas kak cik,saya terserempak dengan 2 sahabat baik saya semenjak pertama kali saya menjejak kaki ke SMKDHAK pada 4.3.2009.wah,hari pertama sekolah sesi 2010,terserempak dengan mereka.wajah pertama yang dilihat.melepas rindu.bersalaman berpelukan bertanya berita merisik khabar.wajah itu yang saya rindui sepanjang cuti sekolah. NURUL SYAZWANI ABD RASYID dan NUR HIDAYAH SAIDIN. love both of u very much*SMKDHAK sekolah terpanjang di Malaysia sepanjang 1 kilometer.

meneruskan perjalanan ke kelas 1 kaliber.tiba di kelas kakcik.kelihatan rakan-sekelasnya yang lain telahpun mengambil meja dan menyusaun meja masing-masing.bermakna kak cik belum mendapat meja dan kerusi.saya pun menjalankan tanggunjawan pertama membantu kak cik mengambil kerusi di kelas sebelah dan meja y tersedia di hadapan kelas.saya,terus membantu dengan rasa tangungjawab(heheheee).selesai di kelas kakcik.

saya terus meninggalkan mama dan y lain2 di kelas kakcik dan menuju ke kelas TINGKATAN 5 KAA di tingkat 4 juga nun di hujung sekolah..wah,rindukan sahabat2 semua.suasana kelas kelihatan tersusun dan teratur.pelajar2 perempuan berkumpul buat USRAH.(hahahaaaa).pelajar lelaki.?hah.?PUPUS. x tahu ke mana..setelah berjumpa teman2,saya turun mencari mama baba ..belum sempat mencari,kelihatan baba berjalan melawan arus dengan saya.rupanya baba nak ke pejabat,bertanya PK HEM perihal asrama .saya menemani baba ke pejabat sekolah di tingkat dua.satu blok dengan kelas saya.

selesai.baba dan saya terus berkejar-kejaran ke koperasi sekolah(bersebelahan kelas kakcik.) sbb mama ckp giliran beratur beli buku dah nak sampai.saya dan baba terus berkejaran hinggan tiba di kantin sekolah .wah..ramainya orang beratur.tunggu punya tunggu beratur punya beratur tibalah giliran mama menmbeli buku saya dan kak cik.selesai.

aduh .perut berkeroncong,keluar pagi tadi x sempat bersarapan.terus ke kantin,berhadapan dengan koperasi sekolah.pesan mee goreng lima pinggan.wah rekod.pertama kali makan mee kat kantin sekolah.hahaha.makan punya makan.minum punya minum. selesai.

terus ke perkarangan asarama untuk pendaftaran asrama kakcik.JAM 10.30.mama uruskan pendaftaran asrama kakcik.kakcik ditempatkan di kamarP-2-5.mama tolong kakcik kemaskan barang2 kakcik.selesai.

jam dua setengah,giliran pelajar2 senior mendaftar diri.saya ditempatkan di kamar P-1-1.lepas mama kuar dari bilik kak cik,kira dalam perjalanan balik la jugak.berlakulah satu hiwar antara saya dan mama:

saya:mama ni x aci tau,dah lima tahun k.da duk asrama.mama x panah kemaskan loker n katil k.da.

mama:eh,kan masa k.uda form 1 dulu mama hantar smpai asrama.

saya:ya la.mmg mama hantar.hantar depan pintu bilik ja.lepas habis pendaftaran kan mama terus balik.huwaa

mama:oklah2,jum pi bilik k.da mama kemaskan.

saya:hehehe.yes.malam ni x payah nak sibuk2 kemas loker.yes.yes.yes.

then terus la singgah di bilik saya.bukak2 ja pintu.penuh dah adik2 asrama dalam bilik tu.alamak!!macam mana nak suruh mama kemas barang2 nih..kacau line pulak budak2 ni.nnti apa pulak kata depa,dah tingkatan lima nak suruh mama jugak kemaskan barang.

then terus mama pi kat katil amik beg baju aku,haih.aku tnya mama.

mama nak buat apa nih.?

la...mama nak tolong kemas la..

alar mama,kak uda dah besar la.nnti kak uda kemas sendiri la.

la...betul x nak mama kemaskan.?

betul la mama.nnti k.uda kenas sendiri.

hmmm..apalah mama ni..

mama balik..mcm biasa,salam baba cium pipi,salam mama cium pipi.salam adik2.


hmmm,memulakan perjalanan baru 2010.

sama seperti tahun lepas,

cuma tahun ni ada kak cik sama2 kat asrama.

cuma tahun ni dah duduk bilik lain.

cuma tahun ni SPM.SPM.SPM.SPM.

wish for me..

Sabtu, 2 Januari 2010

JiKa aKu JaTuH CinTa

Posted by amirafatin at 8:16 PG 0 comments



Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatan untuk menyintaiMu Ya Muhaimin...

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsunya,
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
Perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu,
Amin...

CaHaYa CinTa

Posted by amirafatin at 12:05 PG 0 comments
tuhan menciptakan makhlukNya di alam semesta ini atas dasar kehendak dan CINTANya.
matahari,rembulan dan bintang bersinar kerana CINTA.
lautan menampung segala sisa dan kotoran yang mengalir dari daratan dengan penuh rasa CINTA.
sungai mengalir kerana CINTA.
angin bertiup kerana CINTA.
pohon berbuah kerana CINTA.
bunga-bunga berkembang mekar kerana CINTA.
lebah menitiskan madu kerana CINTA.
dan hidup inipada asalnya adalah aliran CINTA.
sumbernya adalah samudera CINTA ALLAH yang meliputi semesta.
dan segala benda dalam alam raya tunduk patuh menyembah ALLAH juga atas dasar CINTA.
bukankah kesejatian penyembahan dan kepatuhan itu lahir dari kedahsyatan CINTA?
lalu kenapa selalu saja ada yang mengusik hukum CINTA??

Jumaat, 1 Januari 2010

aKu SuDah JaTuh CiNTa

Posted by amirafatin at 1:29 PTG 0 comments
RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.



DuaPuLuHLiMa HariBuLan SePuLuH SeMBiLan BeLas SemBiLan PuLuh TiGa



{OKTOBER}

* Suka berbual.

* Suka orang yang sayang padanya.

* Suka ambil jln tengah.

* Sangat menawan & sopan santun.

* Kecantikan luar & dalam.

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

* Sentiasa berkawan.

* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

* Cepat marah.

* Macam pentingkan diri sendiri.

* Tidak menolong orang kecuali diminta.

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

* Tidak suka terima pandangan orang lain.

* Emosi yang mudah terusik.

* Suka berangan & pandai bercakap.

* Emosi yang kelam kabut.

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

* Suka melancong, bidang sastera & seni.

* Pengasih, penyayang & lemah lembut.

* Romantik dalam percintaan.

* Mudah terusik hati & cemburu.

* Ambil berat tentang orang lain.

* Suka kegiatan luar.

* orang yang adil.

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

* Mudah patah semangat


.:::::::::this is mine::::::::::.

kalo nak tgk lagi...tgk kat sini>> .::sahabat::.

taHun BarU .??haPpY new yeaR.??

Posted by amirafatin at 1:34 PG 0 comments

PERHATIAN KEPADA SUME UMAT ISLAM:

BILA SAMPAI 31 DISEMBER BERAPA RAMAIKAH YANG MENYAMBUT DAN MERAIKAN TAHUN BARU.?

TETAPI SEDARKAH MEREKA BAHAWA TELAH DIFATWAKAN OLEH:-

SHEIKH AL-AZHAR,

SHEIKH TANTAWI,

SHEIKH YUSUF AL QARDAWI

DAN ULAMA2 KONTEMPORARY

:-BAHAWA MENYAMBUT TAHUN BARU BERERTI MENYAMBUT KELAHIRAN ULANGTAHUN HARI JADI TUHAN KRISTIAN&YAHUDI.

BAGI MEREKA YANG TIDAK TAHU HUKUMNYA FASIQ(DOSA BESAR)

TETAPI BAGI MEREKA YANG TAHU HUKUMNYA MURTAD.

FIKIR2LAH SENDIRI...


-LuLuLaLa-

Posted by amirafatin at 12:57 PG 0 comments
...aLiHkaN maTamu Ke LauT , aiRnYa CanTik memBiRu daN peNuh keTenaNgan tetaPi HanYa ALLAH SahaJa Yang tahu raHsia diDaLamnYa.BegiTulaH denGan KeHidUpan Manusia Riang Ketawa Beduka sEdiH naMun ALLAH juga Yang HanYa menGetahui Rahsia KehiDupanNya. JiKa Kau KeceWa paNdanglah ke sunGai , aiRnya MengaLir biAr berJuTa Batu menGhaLang. jiKa KaU keCewA panDangLah ke Langit.Kau Akan Sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu...

Khamis, 31 Disember 2009

TeRiMa KaSiH DauN KeLaDi BaBa SaYanG

Posted by amirafatin at 11:26 PTG 2 comments
baba.baba.baba.

terima kasih untuk :-

-kasut baru -saiz 36 .haih sibuk betul kat kedai TENNIS tu.haha.tapi
pekerja2 dia chines boy..waa,smart2 lah.rami pulak tu..hahaha.
=RM 29.99

-beg baru -kesian kat uncle 'cawrista'(entah betul ke x eja x tahulah)
to uncle:sory la ye uncle , sapa suruh uncle letak harga beg
tu mahal sangat , lagipun kan uncle kita kan satu malaysia so
saling bekerjasamalah. hehehe. nasib baik saya beli beg tu . kalu x
x da sapa nak beli beg uncle tu. kan da rugi tu..ish3...rugi3
=RM25.00

-seluar baru -tiga pasang,slack 2 helai track suit satu. 1 pasang RM 10.00
=RM30.00


private thing-rejoice =RM12.90

-syahirah talkum wangi =RM 3.60

-jonhson baby soflotion=RM 4.50

-Clean & Clear =RM 9.90

-toothbrush =RM 3.60

-dettol coolsoap =RM 4.20

-bio-ziP =RM 4.20

-fresh&with apple taste=RM 4.20

-kotex =RM16..80


********************************

-g'soft ball pen =RM 3.30

-faber castel dust free =RM 1.60

-g'soft mechanical pencil =RM 1.50

-super wrap =RM 4.20

-buncho hi polymer =RM 2.20

-liquid paper =RM 9.90




TOTAL************************************=RM184.49


mama.mama.mama.
terima kasih teman shoping
sayang mama.
sayang mama.
sayang mama.
.
.
.
sayang baba

Isnin, 21 Disember 2009

travel to terengganu and kelantan

Posted by amirafatin at 12:00 PG 0 comments
masih di kadir . posing maut sebelum berangkat naik bas.wuhuhu

kat mana ntah..posing dulu.macam mak cik2 je

looking 4 my future. future husband.?

~~LaLaLa~~

di Masjid Seberang Jerteh..hehe..sempat lagi snapyang ni kat pantai batu buruk.bersebelahan dengan tempat penginapan
[ L.0.V.E ]
sayang tedy.
with Nurul Fatin Afiqah.my junior.

hidayah yang ceria(yang tunjuk kat belakang tu)

inilah bas yang kitorang naek.hehe

Masjid Kristal.first time pergi.

panaslah.pegi tengah2 hari rembangSyazwanie a.k.a tedy and Hidayah

GamBar Di bawah seMuaNya MonuMenT2 d TamaN TamAdUn iSlam

Ahad, 20 Disember 2009

sekadar pengajaran buat teman-teman hawa dan juga diriku

Posted by amirafatin at 8:37 PTG 1 comments

"Aku cinta padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "Saya tak boleh hidup tanpa awak!"..."Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"​​.​​.​​.​​"​​Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"​​.​​.​​.​​"​​Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata yang indah yang selalu diungkapkan oleh wanita kepada teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yang menciptakan dan meniupkan roh ke dalam jiwa mereka. Kata-kata ini boleh menyebabkan menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.


Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone untuk bermesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?​​.​​ 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej2 mereka. Bayangkan kalau mereka menggunakan duit tersebut untuk di jalan Allah. Print artikel Islam. Pastu potostat banyak2. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang mereka dapat?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang best. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?. Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebigini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yang telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu​,​​ membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'​​.​​.​​.​​petuiih.​​ Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye.

"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa pakaian. Ada yang beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman-taman. Ada yang beraksi kat depan masjid!. Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone untuk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.

'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!​​.​​ U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​"​​.​​ Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? "​​.​​.​​.​​.​​.​​Tut.​​.​​.​​.​​Tut.​​.​​.​​.​​Tut.​​.​​.​​"​​.​​.​​ Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!​​!​​!​​.​​.​​.​​hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga.

Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.​​"​​.​​.​​.​​Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah.

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam anak tu!. Dia cuba sumbat dalam lubang tandas!.

. Dia buang dalam tong sampah.

Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.

OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!​​!​​!​​.​​.​​.​​SAKIT!​​.
​​
Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kerana kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.


"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)


Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut yang Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kepada Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.


Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."
Related Posts with Thumbnails