Jumaat, 14 Ogos 2009

meNCaRi eRTi kEhiDuPAn

Posted by amirafatin at 8:47 PTG 0 comments
Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…
Dikam
ar daku sering bertanya
Mana tem
patku di dunia
Tepuk dada t
anyalah selera
Jika dak
u ingin berjasa
Memberikan
hidupku makna
Tepuk dada tanya
lah selera
Inginku  mengenali
Erti hidup yang di
beri
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…
Ti
dak lagi kan aku disitu
Menyaksi
kan kehidupan berlalu
Kan ku kerah
dar
ah keringatku
Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup c
araku sendiri
Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku ber
ani mengemudi
Kemana ku
pergi
Bagai guruh bergeg
ar bumi
Aku tetap teguh b
erdiri
Penuh pengorbanan yang sejati


Sabtu, 8 Ogos 2009

seDikiT teNtAng DiRi iNi

Posted by amirafatin at 7:25 PTG 1 comments
Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita 3sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal.

25 okToBeR 1993

25 + 10 + 1993 = 2028

2 + 0 + 2 + 8 = 12

1 + 2 = 3

makanya,nombor tarikh lahir saya adalah 3

.

.

keterangan untuk nombor tarikh lahir  3

.

.

Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
______________________________

::kreatif::

herm,kreatif . .?aku kreatif.?mungkin tidak.mungkin ya.aku akan jadi kreatif bila aku berada dalam hal yang aku suka,yang aku berminat untuk suka.bila diingatkan balik waktu sekolah rendah aku tidak  pernah untuk mengambil tahu akan hal2 untuk menceriakan suasana kelas.mencipta itu ini untuk menceriakan suasana kelas.ah , ,bukan tugas aku untuk menyukai kerja2 itu.bukan tidak suka cuma tiada sensitiviti seni dalam diri.jadinya aku tidak suka kerja itu.

nak dijadikan cerita ,pada tingkatan 2aku dilantik untuk menjadi biro keselamatan merangkap biro keceriaan kelas. aduh ,dalam hati sudah membayangkan akan tugas2 dan amanah2 yang akan dipikul.mungkin aku akan disuruh untuk menyusun jadual tugasan kebersihan kelas.jadual waktu belajar.menghiasahi sudut2 dalaman dan luaran kelas dengan kertas yang berwarna warni.sarat.sangat2 sarat.macam mana nak buat kerja jika tiada minat akan kerja2 itu.

bagaikan tidak percaya.aku berjaya untuk menceriakan suasana kelas dengan bantuan ketua tingkatan(m.ALiFf aSyRaF b m.AriFf),penolong ketua tingkatan(DiYaNa biNTi aZmaN)ketua biro keceriaan dan kebersihan(aHmaD mUHsIn b aBdULLah) dan seluruh warga tingkatan 2 aL-iKhsan.sekali sekala setiap minggu guru tingkatan 2 al-iKhsan  ustad ALzasYa iLLiYyin bin ZainaL aLam akan datang ke kelas semasa ahli tingkatan sedang bergotong royong menceriakan suasana kelas.ya ! ust agak kreatif dan berseni orangnya.kebanyakan idea untuk menceriakan kelas datangnya dari kelas.setelah ust menggambarkan atau memberi keterangan akan bentuk2 hiasan yang akan dibuat barulah kami ahli2 tingkatan memulakan kerja2 menghias.

 jadi.adakah aku seorang yang kreatif.?atau tidak.? 

kadang2 iya.kadang2 tidak !

__________________________________

::sosial::

herm.sosial.? agak sosial.suka untuk menghadiri kenduri kendara.suka menghadirkan diri di majlis keramaian.he3.dalam soal lain.mukin tidak ! mukin juga ya ! sedari kecil memang baba agak menyekat pergaulan antara anak2 dengan rakan2 anaknya.

konklusinya,,?

_____________________________________

::mesra::

aku tidak mudah mesra.kecuali dengan kanak2 atau bayi yang baik,comel dan mendengar kata..aku tidak mudah mesra dengan golongan sebaya yang tidak aku kenali.yang baru aku kenali.tapi,aku mudah mesra bila dah kenal .sangat2 terlebih mesra la pulak,kacau2.

.::seorang teman pernah berkata::.

"em,mira tau x.?masa mula2 kenal dulu ingat mira ni sombong orangnya.rupa2nya,mira x macam tu..mesra aja ya."

.::seorang teman di SMKDHAK juga berkata::.

"mira,mira tau x ?dulu kan kami ingat mira ni se.ri.us orangnya.balik2 mira ni pandai jugak berjenaka"

.::teman di MMBB juga ada berkata:

"wei mira.hang tau dak dulu masa mula2 aku kenai hang aku ingat hang ni gaghang.tapi tengok2 lemah lembut je oghangnya noh.x sangka betoi aku."

makanya apa .?

__________________________________________

::romantik::

haha . .no komen.belum tahu lagi.ahaks !

__________________________________________

::mudah dibawa berunding::

huhu.tidak sama sekali.memandang aku ahli debat sekolah.aku tetap dengan hujah aku.di MMBB dulu.ya ! tiada sapa boleh lawan aku.malah dengan senior pun aku melawan untuk mempertahankan apa yang aku mahukan.ada beberapa kes yang tidak boleh diceritakan kerana munkin ada mantan senior2 aku yang mukin akan mmbaca entri ini.bukan takut tapi menjaga aib.juga tidak mahu mencetuskan kontrovesi lagi.memang!sahabat2 lain semuanya takut untuk bersuara saat kejadian itu.aku lantas bangun berhujah lantang.membela sahabat2 teraniaya.termasuk aku sekali yang teraniaya.

pergaduhan dengan teman pula.aku tetap nak menang walaupun tahu aku yang salah.aku tetap akan mencari hujah untuk mempertahan diri.walau begitu,aku tidak boleh bila ada orang yang ikhlas dirinya berbicara dengan aku.dia yang ikhlas berbicara,yang waktu berbicaranya menatap mata hati.aduh ! cair.he3.sungguh kalau tercetus perselisihan faham dengan teman2 aku tidak suka untuk berbincang.untuk berunding.ah !mukin aku keras kepala.tapi hati aku lembut.he3.aku tahu ramai sahabat yang tidak berpuas hati dengan aku.aku je yang nak menang.aku je yang nak betul.almaklum.ahli debat kan.kena lah berdebat selalu..

dalam keluarga.?ah ! aku anak yang mendengar kata.ngeh3.

tak percaya tanya mama.

_______________________________________

::suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya::

haha.mungkin ya ataupun mungkin ya!ini selalu terjadi.buat kerja tidak habis.kata mama

"ish,anak bertuah ni,buat kerja tak habis.nanti orang nak meminang x jadi."

adus ! !iyakah?benarkah?apakah?

haha.aku selalu suka untuk memula tugas di makmal.tetapi selalu tidak suka untuk menghabis report.he3.suka untuk mula memasak.tetapi selalu tidak suka untuk menghabiskannya.ha3.selalu suka untuk mula mengemas rumah,bilik dll.tetapi selalu tidak suka untuk menyelesai mengemas.

terukkah aku.?

__________________________________________

::suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja::

argh . .sangat tidak mampu untuk menyatakan ini.berkorban demi kebahagiaan orang lain.berkorban demi kegembiraan orang lain.adakah ini aku.iya ! kadang2 ya..juga kadang2 tidak. .  . .sanggup ke tengok orang lain bina kebahagian dari air mata. . . he3.   kau bina mahligai dari air mata yang jatuh berderai di wajah sepiku..cewah...mampukah aku.?tidak..aku tidak setabah itu.mungkin juga suatu hari nanti.INSYAALLAH.

__________________________________________

::sangat popular dan idealistik::

nak kata popular tidak ada pula yang berkejaran ke arah aku sewaktu di public untuk mintak autograf atau nak snap pic aku.he3.

tapi . agak rami orang yang mengenali aku..

di MMBB.tanyalah siapa yang tidak mengenali aku.

di SMKDHAK.tanya jugalah siapa yang tidak mengenali aku.

.

.

.

____________________________________________________

Jumaat, 7 Ogos 2009

TuJuh hARiBuLan oGos TaHuN dUa RiBu seMBiLaN

Posted by amirafatin at 11:24 PTG 1 comments

malam ini
11.25 malam
hari jumaat 7 haribulan ogos
tahun dua ribu sembilan
.
.
.
.
.
.
kenapa malam ini
???????????????
hah.?.?.?





aduhai adikku sayang

main minyak rambut baba

.

.

.

.

=')

Rabu, 5 Ogos 2009

Nisfu SyaabaN

Posted by amirafatin at 11:55 PTG 2 comments

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:



"Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki." 

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya 


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
 

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)


Posted by amirafatin at 11:08 PTG 0 comments

ya ALLAH...

sentuhlah hatiku..

saat aku jauh darimu....

peluklah hatiku......

saat aku mencintai sesiapa lebih dari diri-MU ya ALLAH...

peliharalah iman ku ya ALLAH

teguhkanlah hatiku dalam mencari redhaMU

sesungguhnya aku takut dan gerun jika KAU berpaling dari ku

amin 

huh..kena kuarantin??

Posted by amirafatin at 12:41 PTG 2 comments

isk3..berita yang agak menyedihkan.pada hari isnin 3 haribulan ogos tahun 2009 pada jam 6.30 petang asrama SMK Datuk Haji Abdul Kadir telah digemparkan dengan satu pengumuman.

ding...dong..(ala2 bunyi pengumuman flight nak berlepas kat airport.)ehem3.

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR ASRAMA SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR ANDA SEMUA DIBENARKAN PULANG KE RUMAH SELEPAS JAM 8.00 MALAM PADA HARI INI , ISNIN 3 HARIBULAN 8 TAHUN 2009.ANDA DIKEHENDAKI KEMBALI SEMULA KE ASRAMA PADA HARI AHAD 9 HARIBULAN OGOS TAHUN 2009 SEBELUM JAM 6 PETANG.SEKIAN TERIMA KASIH.

~~LaLaLA~~

p/s:cuti seminggu kat rumah tolong mama jaga baby Darin.comel sangat2

p/s/s:kepada angah.biLa Lagi UDimanM nak kena kuarantin.?LaLaLA

Ahad, 2 Ogos 2009

..... kUaLa LuMpUR....

Posted by amirafatin at 4:09 PTG 0 comments















Posted by amirafatin at 4:05 PTG 0 comments

MaNuSiA KaDaNg-kAdAnG LuPa UnTuK mEnGhArGaI sEsEOrANg yANg aDa DeNgAN DiA TeTaPi BiLa dIa KeHiLaNgAN sEseOrANG iTu DiA aKaN MeNaNgIS dAN aKaN MeRiNdUi sEseOraNG iTu sANgAT - sANgAT JAdI KiTa KeNaLAh mEnGhARgAi SeSeOrANG iTU SeBeLuM KiTa tAkKaN dAPaT LiHaT , sEnTuH , nAmPaK , RaSa DaN sAYaNG sEsEoRanG itU. sEbAb KiTa Tak PeRnAH TaHU sIaPA yANG aKaN sAyang KiTa HiNggA KiTA kEHiLaNgaN sEsEOraNG iTU hAnYA sEbAB sEseOrANg iTu TaK sAYanG kIta DenGan CaRA yaNG KiTA mAHU.tAK BeRMAkNA DiA tAK sAyaNG kITa dEnGAn SemUA YanG Dia aDa

Ahad, 26 Julai 2009

LeLaki iDamAn..LaLaLA~~~

Posted by amirafatin at 5:20 PG 0 comments
Lelaki idaman saya adalah…
Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…

Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…

Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…

Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki idaman saya adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…

Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…
i'ALLAH

20 perkara yang membuat wanita benci lelaki

Posted by amirafatin at 5:11 PG 0 comments
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



er,, aku...????LaLaLa~~
Related Posts with Thumbnails