Ahad, 17 Mei 2009

sELamAt HaRi GurU

Posted by amirafatin at 12:45 PG 0 comments
aSSalamUaLaikum

at first,nak wish kat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Telok Bahang yang pernah mencurah ilmu kepadaku..antara yang masih ada dlm ingatan....Cikgu Nora,guru kelas darjah satu,.....teacher Patrisia....Sir Fadhil....Cikgu Azhar....Ust Md Rodhi....Cikgu Rozali....Teacher Siti Rohaya...ustazah Naimah...Ustazah Normah... Cikgu Norita...Teacher Mazian...Cikgu Zahir..
Cikgu Rahibah..Cikgu Sidek...Cikgu Saiful....Cikgu Nizam....




juga kepada pendidik di Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong....Cikgu Samki,Puan Salbiah,Puan Chong,Puan Sinawati Zain,Cikgu Jalil,Teacher Khoo Lee Shee,Puan Teh Ai Peng,Teacher Seah,Cikgu Mimiwati,Puan Shahrizaini,Cikgu Hasmiza,Ustazah Noridayu,Ustazah Noreha,Ustazah Khadijah,Cikgu Mior Ridzwan,Cikgu Mazlan Ibrahim,Cikgu Fauziah,Puan Pah,Cikgu Norlia....semoga terus maju..

Then,kepada tenaga pengajar di Maktab Mahmud Bandar Baharu,Ustaz Firdaus Bin Dato' Zainol...Ustazah Alawiyah binti Othman...Ustaz Rohaizad bin Ghazali..Allahyarham Ustaz Yusuff bin Yaakob(al-fathihah)...ustaz Nasoha bin Wahab...Ustaz Zahir..Ustaz Helmi(pernah Menjadi guru kesayangan suatu masa dulu.ust pindah masa aku form 2,sedih gila..ape2 pun moga ust berjaya dan bergaya selalu.)Cikgu Saliza....Cikgu Anisah...Cikgu Sazelinorr...Cikgu Suhaila...Cikgu Hanis..Ustazah Sarina...Teacher Norma....Ustaz Aminudin..Ustaz Azrul Amin...Ustaz zaki.....Sir Shafizan.....Cikgu Wan Bidres...Ustazah Syuhada....Cikgu Liza..ust Hamadi....Ustaz Muhamad....Teacher siti Fatimah Azzahra...UStazah Hasyimah...Teacher Hasimah...Cikgu Wan Shahril Azian...Ustaz Muzafar Ikmal...and the last one is my beloved Ustaz.....Ustaz Alzasya ILLiyyin BIn Zainal Alam..thanx ustaz improve my arab..


ustaz Alzasya



gambar ini ketika jamuan akhir tahu tingkatan 1 al-ikhlas di MMBB.(baju oren:ust ILLiyyin.baju biru:ust Nasoha.baju ungu:ust Rohaizad.


jeng3...inilah Ustazah Alawiyah..ustazah mmg garang tapi sporting habis....


inilah Allahyarham ust Yusuf...Al-Fatihah




yang ni pulak ust zahir...tgh makan masa jamuan kelas..



ini cikgu Norma dan Cikgu Norr
cikgu Saliza guru kelas tingkatan tiga



Juga kepada guru-guru di SMKDHAK...Ustaz Sidqy Ahmad..Cikgu Fauzi Salleh..Sir Suhaimi Tabiee..Ustazah Salwani..Ustazah Rokiah..Ustazah Norijah Saidin..Cikgu Azwana Abu..Teacher Sayyati Abd Kadir..Teacher Nik Maimunah...Teacher Aziah Zakaria...Encik Hanizar....TeaCher Villasinni...Teacher Teoh..Cikgu FataHiyah...(ini hanyalah guru yang mengajar di kelas saya)masih ramai sebenarnya guru yang belum sempat saya kenali..i'allah sebelum saya meninggalkan SMKDHAK saya akan cuba memeastikan saya dpt mengenali semua guru2 di SMKDAK






SELAMAT HARI GURU JUGA KEPADA BABA TERSAYANG USTAZ MOHD ROSHIDAN BIN HAJI HASSAN aka USTAZ BABA.

!!!i'm yours!!!

Posted by amirafatin at 12:32 PG 0 comments
aKu daN seSuaTu




Sabtu, 16 Mei 2009

..::!!!SeLamAt uLanG tAhun mAma!!!::..

Posted by amirafatin at 11:11 PTG 0 comments



selamat hari lahir buat bonda tersayang.semoga usia yang semakin meningkat ini membuat dirimu tabah menghadapi ujian daripada-Nya.
.....mama....
selamat hari lahir
~
~
~
selamat ulangtahun kelahiran
~
~
~
happy 34th birthday


gambar kenangan ketika meraikan hari jadi mama

Who should I give my love to?

My respect and my honor to

Who should I pay good mind to?

After AllahAnd Rasulullah

Comes your mother

Who next?

Your mother

Who next?

Your motherAnd then your father

Cause who used to hold you

And clean you and clothes you

Who used to feed you?

And always be with you

When you were sick

Stay up all night

Holding you tight

Thats right??

no other

My mother

Who should I take good care of?

Giving all my love

Who should I think most of?

After Allah And Rasulullah

Comes your mother

Who next?

Your mother

Who next?

Your mother

And then your father

Cause who used to hear you

Before you could talk

Who used to hold you?

Before you could walk

And when you fell who picked you up

Clean your cut

No one but your mother

My mother

Who should I say why close to?

Listen most to

Never say no to

After Allah And Rasulullah

Comes your mother

Who next?

Your mother

Who next?

Your mother

And then your father

Cause who used to hug you

And buy you new clothes

Calm your head

And blow your nose

And when you cry

Who wiped your tears?

Knows your fears

Who really cares?

My mother

Say Alhamdulillah

Thank you Allah

Thank you Allah

For my mother.

aku di hujung sana..hujung bukan sebarang hujung tau

bersama tata dan kak teh..siapa lagi cun???


Ahad, 3 Mei 2009

Posted by amirafatin at 12:02 PG 0 comments
...Di aNtaRa kAwAn, tEmAn dAn sAhAbAt…
MEMANG manusia tidak dapat hidup sempurna tanpa kehadiran manusia lain di sekeliling mereka. Superman, Spiderman, Ultraman, hatta Keluangman pun ada mempunyai kawan, teman dan sahabat. Penulisan ini mengenai kawan, teman dan sahabat daripada sudut kacamata saya. Semoga selepas membacanya, sedikit sebanyak boleh kita sama-sama berfikir mengenai adanya kehadiran manusia lain di sekeliling kita. Manusia yang penting walaupun mereka bukan ada pertalian darah dengan kita.Siapa ya yang boleh kita kategorikan sebagai kawan? Apa beza kawan dengan teman? Sahabat pulak macam mana? Kepada sesetengah orang perbezaan ini tidak penting (contohnya tidak menjejaskan gaji bulanan yang diterima, he he he). Atau tidak sepenting jumlah bonos yang diterima pada tahun lalu… Namun perlu diingat perkara yang sangat penting bagi allah bukan berbentuk wang ringgit atau material.Atau pun mereka sudah mampu berbangga jika mempunyai ramai kawan... Bagi mereka teman, kawan dan sahabat sama sahaja, yang penting orang di sekeliling tidak menganggu kehidupan mereka
Namun apa salahnya kita mendalami sedikit ungkapan yang selalu jugak kita gunapakai tu.
KaWaN KaWaN KaWaN KaWaN KaWaN KaWaN
Kawan lebih merujuk kepada di mulut sahaja. Biasanya merujuk kepada for the sake of kenal je, mengehai-hai bila berjumpa atau terserempak.Kala masa sesuai pulak kita ajak mereka ke kedai minum dan berbual-bual kosong (topik pun tidak berapa serius). Namun begitu fungsi kawan penting, kawan-kawan akan menemani kita, menolong kita, dan boleh buat kita rasa seronok kalau kena caranya. Dalam kehidupan kita memang memerlukan kawan apatahlagi dunia sekarang proses globalisasi rancak berjalan.Kita tidak boleh duduk sorang. Kawan pula ada yang boleh kita katogerikan kawan baik atau kawan akrab dan sebagainya.Kawan juga merupakan cermin diri kita, atau dengan erti kata lain kawan boleh dijadikan ukuran diri kita. Maksudnya, secara umum bila seseorang itu ramai kawan boleh la kita katakan ia suatu yang positif. `kalau perangai tidak elok, tak ada orang yang sudi berkawan' dengan kita kan?. Tetapi jika ramai orang tidak suka berkawan dengan kita, atau menjauhi kita mungkin ada sesuatu yang kita boleh baiki pada diri kita kot (tetapi jangan la baiki diri kerana nak diterima orang semata-mata sehingga tidak mempunyai personaliti diri langsung, he he he).Bila kita berkawan dengan `kawan', biasanya jauh di lubuk hati masih ada keraguan...biasanya kita tidak berani hendak ceritakan rahsia besar yang kita ada, kita bimbang dia bocorkan... atau kita tidak selesa untuk beritahu pandangan kita mengenai hal-hal yang sensitif takut dia tak setuju dan menilai kita pula. Berkawan tidak bermakna semua perkara boleh diceritakan, kan...?
Kawan yang baik sukar dicari...tapi percayalah ianya ada.
TeMaN TeMaN TeMaN TeMaN TeMaN TeMaN
Teman pulak lebih kepada sesuatu yang accasionally, mungkin dia teman sepejabat, teman serumah, atau teman berbicara (dan teman tak semestinya jadi kawan).Begitu juga teman sekerja kita, tak semua jadi kawan kita kan...kan? walaupun berbuih mulut majikan menyarankan supaya berkawan dengan semua orang di dalam organisasi (contohnya konsep sahabat) tetapi kehidupan tidak semudah itu, manusia cenderung mencari kawan berdasarkan kepada beberapa perkara lain .bukan kerana terus berkerja dalam suatu organisasi terus jadi kawan, apatahlagi kalau organisasi besar
Teman lelaki???? he he he. Malas nak terangkan, nanti 3 page tak cukup…
SaHaBAT SaHaBaT SaHaBaT SaHaBaT SaHaBaT
Sahabat mungkin darjat yang paling tinggi jika ungkapan teman, kawan dan sahabat tersebut mahu dikastakan atau dihairakikan. Perkataan sahabat lebih keramat dan suci sifatnya (dan bunyinya juga). Ia sesuatu yang tidak boleh dipaksa atau diusahakan tetapi tubik dari hati kedua-dua yang terlibat. Sahabat merujuk kepada all the time. Ia boleh survive melalui masa, merentasi jarak dan lokasi.Kita boleh menjadi kawan atau teman secepat kilat tapi untuk wujud menjadi sahabat makan masa, makan pengamatan dan makan persefahaman (tak semestinya persamaan). Bukan senang kita nak menerima orang dalam kehidupan kita dan bukan senang orang lain nak menerima kita dalam hidup mereka. Tetapi di sekitar kita kadang-kadang perkataan sahabat sudah dihilangkan kedaulatannya.
Contohnya seperti: Ni sahabat saya ****' pakai hembus je perkataan sahabat tu padahal ia masih dalam taraf kawan (baru je kenal 2 minggu, kot-kot teman je)...Saya bukan berniat nak menarafkan orang-orang di sekeliling tapi kadang-kadang janggal sebab sebutan itu tak berbau ikhlasnya...he he he.

Sabtu, 2 Mei 2009

My hEarT wiLL gO oN

Posted by amirafatin at 5:25 PTG 0 comments




Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on.
Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on.
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never go till we're one
Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on
Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
There is some love that will not go away
You're here, there's nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on

..::RiNdu Yang Tiada bErpeNgHujUng::..

Posted by amirafatin at 4:34 PG 0 comments
... saLam RevoLuSi...


Agak lama x mewarkahkan sesuatu di dalam blog.Malas nak berblog sebenarnya.Tak kisah la.sebulan sekali pun dah cukup syarat kan.Lagipun sibuk(dok asrama la) je memanjang sampai x de masa la nak mengadap blog je..HeHeHe..Then yang paling penting sekali....blog aku..suka hati akulah nak update ke tak nak.???kan3?




R i N d U ? ? ?


Di mana kan ku temui


Penghujungnya resah ini


Seumpama ku menanti sejawapan Rindu


Di mana kan ku temui


Oh sinaran yg hakiki


Untuk menjadi penyuluh Jalan didepanku


Hingga akhir waktu


Andainya kau temui


Cahaya yang ku cari


Sudikah dikongsi bersama


Sebagai teman


mahupun sebagai kekasih




eiysh....apa rindu2 ni...tak best langsung..tapi sungguh rindu sangat kat member-member ma'had dulu.


dari kiri:.awatif,******,dayah dan nasuha.

Gambar diatas disnap pada tahun 2006.Time jamuan a'id fitri kat MMBB suatu zaman dahulu.Usia beliau2 yang didalam gambar itu dalam lingkungan 13-19 la kowt..rasa2 umor berapa yek???ada gak yang kata baru pas amek rezut PMR.huhuhu...ye ke..??sebab muka senyum n look happy kot.Rindu..rindu..


Dikau hadir


Di kala aku memerlukan seorang teman

Dikau bawa secebis bahagia



Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala




Apa yang diperduga

Dan kini kubersedia


Hadapi hari muka


Kau bawa sinar cahaya


Di hariku yang gelita


Dan dikau hadir tepati waktunya


Membawa tawa ceria


Bila mana kau terima


Hidup ada suka dan duka


Mendung takkan selamanya


Sinar mentari kan menjelang tiba







Kawan bertahun kita bersama


Bagai semalam baru bersua

Kawan dihadapan oh! Indahnya

Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri

Bekalan sendiri Impian sendiri

Meski pun jauh namun kita tetap bersama

Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah

Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit


Takkan terus berkelipan









Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding


Kawan jangan biarkan dirimu


Umpama lipan dan kala


Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis


Kawan jadilah seperti si matahari


Membakar diri demi insan sejagat


Kawan jadilah seperti bulan purnama


Menerangi malam yang gelap gelita...







My frenz Nur Hidayah Nasuha



Sebelum terlambat.(ceh,mmg dah lambat pon,)..nak wishkan bezday wat my beloved member Nur Hidayah Nasuha Mokhtar..(tidak memakai cermin mata..sila rujuk gambar di bawah.)Tarikh kelahirannya jatuh pada tanggal 23 March yang lalu..selamat hari lahir buatmu..moga frenship kita berkekalan...The TiTAnic is The Big Ship..But Our frenzship is the bIggEr rite..may Allah bles you...nak tau cerita??tak nak tau pun nak cerita jgak.Firstly,kenal Nasuha a.k.a CHU-A masa first2 daftar ke asrama time form 1 .kenal kat pintu asrama..dia duk berdiri tercegat kat depan pintu dengan muka tak besalah..(mmg la dia tak besalah pun..nak masuk asrama pun salah ke??) Then ,sebab aku pun duk berdiri tercegat kat depan dia tak jauh sangat la dalam lima langkah camtu..mula2 dia senyum kat aku,aku senyum kat dia..lepas tu mak dia pun mai la tegur aku
"eh,adik dah dapat katil dah??''aku pun jawab la dengan agak kurang konfiden"er,belum la mak cik.tu yang duk tepacak kat sini ni.kalo dah dapat katil saya dah pi tidoq dah atas katil saya".."o0o0oh..macam tu..anak makcik pun x dapat katil lagi,ni ha,,nama dia Nasuha..kawan la ngan dia ni." "o0o0h..weh,jom kita pi cari katil nak.??" ''jom3"...agak mudah mesra..macam dah lama kenal je..mukin tu permulaan kami untuk jadi bestfren...disambung cerita...kami pun pi la tanya kat kak senior tu yang dok ke hulu ke hilir dgn sekeping kertas dan pen.."assalamualaikum kak..ada lagi dak katil kosong bilik ni???kami dua tak dapat katil lagi la..." cHu-a pun nyampuk"ha'ah kak..locker pun kami tak dapat lagi.."..kak tu pun kata la balik."eh, sat na dik..mai ikut kak mai"......jalan punya jalan tak sampai lima langkah pun kak tu tunjuk dua katil kosong yang bersebelahan dan juga dua locker kosong yang bersebelahan.Alhamdulillah dapat locker dan katil pun sebelah-sebelah..Then lepas kak tu berambus dari bilik tuh...kami pun mula la operasi mengemas katil dan locker...sambil bergelak-gelak macam dah lama kenal.....nak dijadikan cerita,,esok pagi pi sekolah kami pun dapat meja bersebelahan juga..depan meja guru lagi..time tu kelas tak mix.hanya kaum hawa sahaja...dipendekkan cerita...masa form 2 kami duk ktil bersebelahan dan tempat duduk di kelas pun bersebelahan jugak..then time form 3 pon awal2 tahun dapat katil dan tempat duduk di kelas bersebelahan jugak.....sampai tengah tahun kami terpaksa berpisah sebab kena rombak bilik....Chu-a kena pindah gi bilik HAWA ke apa ntah nama bilik tu...kurang ingat...punya la sedih...sampai tak tolong dia kemas barang untuk pindah dorm pun..kejam tol..tapi kesian gak bila pikir2 balik time tu dia angkt barang sorang2..hehehe..maaf la kawan...tunjuk protest time tu..hahah..sampai la form 4 kami terus berpisah bilik dan kelas sebab Chu-are berhijrah ke SMT Taiping,perak...aku pulak berhijrah ke SMKDHAK......tapi,kami still contect anather one....hope our relationship forever and ever..AMIN..



Sahabatku Nur Awatif



Dikesempatan ini juga, nak wish bezday to my best fren Nur AwaTif ZuLkapaLi pada tanggal 22 aPriL yang lalu..moga dirimu semakin matang dalam menempuh onak dan duri kehidupan..maaf dipinta andai pernah terkasar bahasa..halalkan duit terpinjam terambik..eh,cam nak raya la plak..hehe..pape pun,to Awatif matang la sikit ek..lagi satu jangan la cakap mcam nak ligan* keretapi terlepas.(wakaka....nostalgia tul kalo sebut bab terlepas ketapi ni..) . Watif ni pulak seorang yang amat pantas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.fuh,kalo jalan ngn dia bley lenguh kaki sebab dia ni jalan laju sangat..cakap pun laju kadang2 sampai tak paham dia cakap apa..sekarang ni watif masih duk kat MMBB lagi...teman,teruskanlah perjuangan walau aku tiada disisi..sisipkan kenangan antara kita..ingatilah aku dalam setiap bisikan doamu..



...RiNdU mEnGgAmiT tiKa aKu menGinGatiMu...

Isnin, 30 Mac 2009

WaRnA waRNi kEhiDupAn

Posted by amirafatin at 10:35 PTG 0 comments
gambar ini tiada kena mengena dengan ini cerita
aSsALaMUaLaikuM w.r.t..


terima kasih saudara pengerusi majlis ,seterusnya para pengadil yang adil dan saksama , penjaga masa yang senantiasa setia bersama jam 'rolex'nya , barisan dif-dif kerhormat , seterusnya warga dewan yang saya hormati sekalian..eh..eh..ape la yang duk melalut ni..hehe.. actualy saje je nak penuhkan ruang..apa yang ada pada warna ye..ade yang kata...warna itu mencerminkan peribadi seseorang..ye ke..sape setuju angkat tangan...!!!...(jaga-jaga ye..jangan sampai kluarkan sesuatu)


haha..cakap pasal warna ni,teringat pulak masa form 1 time mula-mula nak menjejakkan kaki ke asrama.maklumlah first time duk hostel,agak exited sikit nak pegi.tapi nasib baik lah ada mama untuk meninjau2 barang2 keperluan asrama.tata pun ada jugak cerita pasal kat asrama ni..satu y tak boleh nak lupa ialah....tata pesan"mira kamu nanti duk asrama kain basahan waktu mandi sidai.jangan biar basah,nanti nak mandi pagi sejuk.."tata ni takut air gak rupanya..hahha,lagi tata pesan"mira nanti...bla...bla...bla....pot..pet..pot..pet...sekian..sekian..sekian....selain itu...natijahnya...bla..bla..bla..." mcm tu la kot tata pesan...dah x ingat apa da yang tata cakapkan...yang paling tak boleh lupa sekali pasal brang2 keperluan untuk masuk asrama spt baldi ,gayung,penyangkut baju,berus baju,dan mcm-mcm lagi..semunya nak warna pink.haha..kalau kat asrama tu buka je loker nampak hanger pink,nak pergi mandi baldi pink ,nak gi prep pencil case pink.kiranya bukak je mta waktu pagi sebelum pergi sekolah nampak warna pink dah..lawak je masa tu..tapi bila dah naik form 3 dan ke atas kurang sikit la minat pada warna pink tu..tapi ada jugalah minat tu cuma kurang sikit je..sebab warna pink ni kan nampak lembut je..nampak ayu gitu!!aww..dan bila mama or sesapa je tanya,dah x minat warna pink ke??dengan bangganya aku menjawab"ish,x mau dah la warna pink x matured.skrang kan dan jadi anak dara,kena la matured sikit.(matured ke???terpulang la pada anda untuk menilainya..taip undi matured ke 251093 untuk mengundi.)kan3??tapi.... sampai sekarang kalau tengok sesuatu yang bewarna pink aku akan secara automatiknya menjerit kecil dengan gaya yang ayunya"wow,,,cantiknyerrr"sila buat-buat ayu yer... dan secara automatiknya ada je suara - suara merdu,sumbang , dingin , salju , kabus yang akan berkata"ceh, kata warna pink x matured."


apa sebenarnya y nak disampaikan ni...sebenarnya nak cerita pasal warna...ye la..ape pulak kena mengena warna dengan nak masuk asramalah,kain basahanlah,ape lah....ish..kan dah cakap..teringat je..tgk balik tulisan warna biru tu..kiranya ni mcam drama la jgak..sikit teringat,sikit mimpi..


ok lah balik pada tajuk cerita yang sebenarnya,"warna warna malaysiaku cemerlang,warna warna malaysiaku gemilang,"sila nyanyi ala-ala dato' siti ye. herm..apa ada pada warna yer..???



ingin saya nyatakan gambaran saya pada warna dari segi pakaian yang kita gayakan. sebenarnya(walaupun x berapa nak benar),warna yang kita pilih pasti boleh menyampaikan sesuatu pada org di sekeliling kan...x percaya???ini psikologi tau...suka hati la nak pecaya ke x...kalau nak percaya,percaya la kalau x nak pun kena bagi percaya gak..(x paksa yea..suka hati korang la.)sontohnya seperti petugas keamanan memakai seragam biru tua yang menggambarkan berwibawa dan berkuasa,jururawat atau dokter juga memakai seragam putih atau hijau polos yang menyiratkan ketenangan dan kedamaian.. betul x??


PiNk...piNk..PinK


pink pulak beerti cinta,kasih sayang ,kelembutan ,keayuan,kesopanan,ketatasusilaan,feminin,

Warna yang disukai banyak wanita(termasuk si manis 16 ini)ini menyiratkan sesuatu yang lembut dan menenangkan, tapi kurang bersemangat dan membuat energi melemah..ye ke??


BiRu..bIrU...BirU


biru bererti kesetiaan,ketenangan atau kestabilan..stabil??ye la...cuba tgk awan...walaupun mendung kelbu nak hujan ribut petir taufan..tapi kita tetap tau yang dibalik awan sana tetap ianya berwarna biru...kan3??


karekter orang yang warna fav nyer biru...

Warna kesukaan kamu Biru, biasanya termasuk tipe pemurung, selalu menyenangkan dan selalu bertindak pasif dalam segala hal. Selalu mengharapkan kedamaian dan ketenangan. Kamu memiliki kesulitan dalam pergaulan. Demikian pula dalam bercinta karena kamu sering sekali menyembunyikan perasaan.



hiJau..HiJau..hiJaU


hijau pula bolehlah disiratkan kepata kata kesejukan,keberuntungan,dan kesihatan.Hijau melambangkan alam, kehidupan, dan simbol fertilitas. Para pengantin di abad 15 menggunakan gaun pengantin berwarna hijau..ramai jugak pengantin yang pakai baju warna hijau time bersanding kan3??...pergi rumah cik bedah...anak dia baju ijau...gi umah nek esah...cucu dia kawin pakai baju hijau...gi umak mak melah menantu dia pakai baju pengantin warna hijau....pastu kak kiah ngetop kata"diorang ni mesti pinjam2 baju pengantin ni..mesti bajet x cukup nak beli baju pengantin".tapi bila orang kampung suma gi umah kak kiah ngetop...laki dia pulak kawin lain pakai baju hijau..ha,,,amik kau..ngata kat orang lagi...(cerita ini tiada kena mengena antara yang sedang nazak atau yang baru nak jadi yea..)
karekter orang yang suka warna hijau..
Jika warna fav kamu hijau, maka kamu adalah type yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang sejuk. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercaya.



aPa arTi WarNa pAdA pAndAngAn aNdA???






Rabu, 24 Disember 2008

Posted by amirafatin at 4:49 PTG 0 comments
Kisah ni agak panjang sedikit. Anyway, take Ur time b'coz it's a really2 good story.

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok. " Eh, makin kurus nampak. Diet ke ?" kata saya setelah mempersilakannya duduk. " Tak adalah... biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah... badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang," balas Arifin. "Tengok ni ustaz, baju pun dahmenggelebeh.Seluar pun longgar," tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya.

Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. Orang rumah saya sakitlah, ustaz ", kata Arifin." Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa ?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu di sorotnya mata saya dalam-dalam. " Entahlah..." katanya perlahan, "lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, dibelakang... penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas, " kata Arifin. Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya , Niza, ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doctor tidak dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doctor pun tak tau," tambahnya. "Dah pergi berubat kampung ?" saya bertanya. " Dah,tapi macam biasalah...bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk... macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya takjuga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut " Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin. Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka. Di sebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat. Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Kebanyakkannya menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan. Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah.Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak.

Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30 an, rambutnya seperti wanita berumur 90 an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku. " Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia ? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu " Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doctor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan. " Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin. "Insya-Allah....' Balas saya. Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati. "Apa yang dia cakap masa meracau tu ?" " "Macam-macam ustaz... tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa ?. Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah... orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin. Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk kerumah Arifin pada malam esoknya. " Datang ya, ustaz . Saya tunggu," katanya sambil mengangkat punggung. Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang di janjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak."Jemput masuk ustaz," Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik. "Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan. Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding. " Za... ni Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. Masya-Allah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang di permukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik. Dengan suara berbisik, saya bertanya; " Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung ". " Tak adalah, ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin. " " Err,...dari mana datangnya bau yang..." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk. "Ooo... mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan. "Keluar lendir bercampur nanah." Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-hal yang seperti itu. Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya. " Sudah ustaz.Dengan emak dan ayah saya pun sudah." " Kalau macam tu, baguslah," kata saya. Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah. " Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya. Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan.Malah saya pun tidak dikenalinya lagi. Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis. "Ustaz," katanya, " sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu" "Kenapa ?" pantas saya bertanya. "Sejak dua t iga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya; Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "kenapa ?" Dia jawab, supaya saya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain. "Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya di tundukkan dengan ilmu hitam. "Saya tanya, masa bila awak buat?" Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki. "Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap buat hubungan seks. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan" " Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan...." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok." Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya. Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi. Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu. "Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak.

Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi. Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa." "Ampunkan dia ?" Arifin bertanya balik. " Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia ?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras. Mungkin dia terkejut. "Ya... dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya.Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah. " Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia?Tak ada gunanya... Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya. Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin ( salaamun qaulam mirrabir rahim ) sebanyak tujuh kali." Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi. " Tapi alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia." Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jgn pandang hanya pada rupa......

iNdAhnYa iSLaM

Posted by amirafatin at 11:24 PG 1 comments

Barang siapa yang memotong kukunya pada



  • Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.


  • Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.


  • Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat


  • Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


  • Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.


  • Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.


  • Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya danmasuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.





Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati.

Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.

Lagi satu, mulakan potong kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan potong bermula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai jari kelingking tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


Wallahu'alam.


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.

kEmAtiAn pasTi aKaN beRLaku

Posted by amirafatin at 10:54 PG 0 comments


Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang mem bunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:

  • Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  • Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  • Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  • Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.e. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.
Sabda Nabi S.A.W.:Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  • Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  • Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  • Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  • Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  • Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.


Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian.

  • hartanya untuk warisnya.
  • nyawanya untuk Malaikal Maut.
  • dagingnya untuk ulat-ulat.
  • tulangnya untuk tanah.
  • amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya.

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  • Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang pitah bercakap mengapa diam?
  • hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

  • Hai anak Adam, engkau herjalan kepada perjalan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  • Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila manyat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:


  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  • Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  • Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  • Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  • Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:

  • Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  • Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  • Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).
Wallahualam...

"sesungguhnya mati itu pasti"
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
Perjalanan Rohku
Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda
Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan
Penentu Syurga Atau Sebaliknya
Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Susai Talkin Penanda Syahdu
Tenang Dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku
Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian
Seakan Ku Dengari
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian
Kembali Oh Kembli
Kembalilah Kedalam Diri
Sendirian Sendiri
Sendiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur Dan Kaku
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu
Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi
Jantung Berdenyut Kencang
Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata
...mEnAnTi dI bArZaKH...
Related Posts with Thumbnails