Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Ahad, 11 Oktober 2009
PeRmaTA Yang diCari
=AnDainYa=
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

??????????????????????????????????????
BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA KAWIN LAGI!!!
SEBAB MULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT JUGA ….. NASI PUN HABIS!!!
KALAU TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KECUALI KALAU ADA BERUK ATAS POKOK TU.
BIAR MATI BINI/LAKI, JANGAN MATI ANAK ( BOLEH KAWIN LAGI APE! )
BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN…. KAN TAK PASAL2 TUUU…….
KALAU PADI KATAKAN PADI, TIDAK AKU TERNANTI-NANTI, KALAU SUDI KATAKAN SUDI, KALAU TAK SUDI …… BOLEH BLAH……………
HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAK BOLEH HARAP! SAH2 LAH BENDA TU BESI BUKAN MANUSIA!!!
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG, INIKAN PULA TEMPAT KENA ‘SAMAN’.
HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, KALAU MACAM TU LEBIH BAIK TAK PAYAH HUJAN DAAA…….
KALAU TIADA ROTAN, PELEMPANG AJELAH….
CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI BULU TANGKIS BADMINTON, PASTI AYAM KEBOGELAN.
AIR DI CINCANG TAKKAN PUTUS, TAPI KALAU DAGING DI CINCANG TANDANYA ADA KENDURI LA
TUUU…..
KERBAU BERPEGANG PADA TALI, MANUSIA BERPEGANG GUNAKAN TANGAN ……
PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN, KALAU ORANG TAK HENDAK TANDANYA KITA TAK LAWA……
TAKKAN LARI GUNUNG DI KEJAR, TAPI KALAU TAK KEJAR PUN GUNUNG TU TAKKAN LARI JUGAK!!!
PATAH TUMBUH, HILANG REPORT POLIS .
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI AHLI SUKAN YG MASUK ACARA ANGKAT BERAT!
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK MASUK JUGAK SUKAN OLIMPIK.
KALAU ADE JARUM YG PATAH JANGAN DI SIMPAN DI DALAM PETI, BUANG AJE BELILAH JARUM YG BARU.
KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG HAMBA TAK PAYAH LIPAT-LIPAT, MAKAN AJE SATAY
KAJANG!!!
KALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL, BELI AJELAH KAIL YG PANJANG SIKIT
KALAU TAKUT DI LAMBUNG OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI, BUAT RUMAH JAUH-JAUH SIKIT DARI
PANTAI….
Sabtu, 10 Oktober 2009
TahaJjuD CinTa
Ahad, 20 September 2009
wah . . . .kueh bedak dah siap...hu..hu..hu
salam.
wah,macam tak caye je dah pandai buat kueh raya.
ha ha ha.
jum tengok jum ! ! !
mari tengok beramai-ramai.
mariiiiiiiiii
ha.ini adunan doh yang dah hampir siap.dalamnya ada kacang yang dikisar halus,tepung gandum,tepung jagung dan gula icing...btul ke x entah.sakit tau tangan uli doh nih.
herm..bila dah siap uli doh tadi,buat bentuk bulat atau bujur atau ikut suka la nak buat bentuk apa.then sapu sikit kunin telur ats dia...yummy2.
wah.ini hasilnya..boleh tahan..nak.??jemput datang rumah yer.he9
herm...yang ni apa kes??..hua3.kez hangit la..adoyai.
++ maAfkan DiRi iNi ++
Isnin, 31 Ogos 2009
~hAnYa seKAdaR LuaHaN~
salamualaik
::sahur punya cerita::
sejak mula berpuasa.untuk bersahur selalunya aku bangun dulu kejutkan mama untuk siapkan juadah bersahur then aku tidur balik.ish3.patut tak patut.tak patut tak patut...lepas mama siap berhidang baru mama kejutkan aku ,baba dan adik2.hehehe.pernah mama kata
hua3
= RuGi raSanYa biLa TaK beRteRawiH =
[masjid tuan guru tanjung tokong pulau pinang]
Alhamdulillah.selepas berbuka puasa malam semalam seusai selesai menyelesaikan[haiz,belit2] pinggan mangkuk periuk belanga cawan gelas sudu garfu dan segala macam yang ada di dapur tiba2 terasa malas hendak ke MTG[Masjid Tuan Guru]seperti malam2 kebiasaannya.entah kenapa.mukin perut agak kekenyangan selepas membelasah juadah berbuka.hehe.







